Ahad, 20 Mac 2011

KISAH KITA DI SANA

"dedicated  to all my SAHABAT..kisah kita, memori kita, kenangan kita.. lembaran paling bermakna dalam hidupku"




5 AKAUN PUNYA CERITA
          Alkisah pada zaman dahulu di dalam sebuah negeri,terdapat sebuah istana bernama account five tetapi rata2 rakyatnya yang buta huruf menyebutnya ”econsave”. Istana Kristal yang tersergam indah di Jerai Height di perintah oleh Queen Suraya yang baik rupa paras serta tinggi budi pekertinya. Negeri ini peace and harmony di bawah kawalan 5 orang panglima. Iaitu Hang Fariq, Hang Mirul, Hang Uzair, Hang Hakimi dan Hang Fathi. Mereka ini sempurna segala ilmu kung fu dan ilmu batin yang mendalam. Ingin tahu siapa guru mereka?? Maka Master Wangalana Syafiq la guru mereka. Bermulalah kisah apabila ratu mendapat BAD DREAM. Lalu dititahkan tukang tilik istana, Nujum Ahmad Kamil datang menghadap. Setelah ditilik, maka diberitahu bahawa seorang putera kegelapan bersama naganya akan datang menyerang negeri ini kerana jealous akan kemakmurannya. Untuk menewaskan putera kegelapan ini, ratu haruslah menyediakan makanan yang di masak dari 5 peralatan masak ajaib di dunia. Sudip perak, sudu gangsa, pinggan berlian, belanga tembaga dan pisau emas. Masakan itu haruslah dimasak oleh seorang chef yang tidak diketahui kedudukannya tapi tangan kanannya mempunyai parut bekas terkena api. Namun setiap satu barang ini terdapat di 5 gunung yang berbeza. Maka, di jadikan cerita apabila tersebar berita ini, maka jatuh pengsanlah seorang gadis dari desa kiambang yang digelar Cik Siti Wan Kembang akibat terlalu shock. Lucunya lagi, ada rakyat yang memsponsorkan diri dan mengakui dirinya handal memasak dan merupakan calon yang dimaksudkan ahli nujum, Mery Jemy gelarannya. Lawak bukan ??? So , Queen Suraya pun menitahkan 5 orang panglimanya mencari apa yang di beritahu ahli nujum. Bermulalah ekspedisi mereka……
      
  Setibanya di tengah jalan, baru mereka teringat… “ Woi, hampa bawak peta dak? Sergah Hang Hakimi kepada 4 hang yang lain. “Ngak sih… Gi mana nih” bilang Hang Fathi. Kelima-kelima mereka menjerit “GAWAT SIH…’’. Eh, eh, dengar tu…”. Tiba-tiba satu alunan syair yang merdu hinggap di telinga mereka. Datangnya dari Sang Husna di tengah padang pasir. Syairnya ada menyebut tentang alat ajaib yang di cari-cari mereka. Mereka pun mengajukan soalan “di manakah peta untuk mencari 5 benda ajaib tersebut?” Sang Husna memberitahu bahawa seluruh peta di dunia ini dapat di peroleh dari Profesor Madya Syakirah A. Ismail. Hatta di sana, melihat akan cendekiawan tersebut, mereka pun bertanya akan peta tersebut. Prof. pun menyuruh pembantunya Miss Mimie memberikan peta tersebut kepada mereka. Sebagai tukaran ketinggian mereka perlu di tarik kerana sikap jealous Miss Mimie yang tak tinggi-tinggi. Mereka pun redha demi taat setia mereka terhadap ratu mereka.

  Hatta, mereka pun menjadi kerdil dan meneruskan semula perjalanan mereka setelah mendapatkan apa yang di hajati. Maka dengan langkah pertama mereka menuju ke Gunung Fuji untuk mendapatkan setiap perak. Dari jauh kelihatan Puteri Hidayah Dang Wangi sedang termenung di bawah pepohon rendang di kaki gunung. Dengan gembiranya 5 panglima menghampirinya untuk meminta sudip. “Apa…. Sudip!!!”, berkata puteri kepada 5 panglima kerana permintaan mereka di anggap aneh olehnya . Tatkala bersetuju puteri, maka keluarlah Dayang Ainun, yang merupakan ketua dayang Istana Fuji membawa sudip yang berkilau kepada mereka. Berjalanlah mereka sehingga sampai di masjid untuk bersolat. Di sana, bertemu pula mereka dengan imam besar, Syeikh Shauqi . Sheikh Shauqi pun berpesan agar berhati-hati dalam perjalanan dan menjaga adab-adab bermusafir. Dengan gembira mereka meneruskan perjalanan ke Gunung Tahan. Dalam perjalanan mereka telah di serang dan ditangkap oleh konco-konco istana yang diketuai oleh Temenggung Najdi. Maka, mereka di bawa mengadap Permaisuri Asmaa yang memerintah wilayah Setoi kerana disyaki menceroboh kawasan istana. Padahal mereka tidak sedar pun!!!  Mereka menjelaskan perkara sebenar dengan pantasnya. Dengan murkanya permaisuri mengetuk-ngetuk kepala Temenggung Najdi kerana telah memalukan pihak istana. Sebagai tanda maaf,akan memberikan mereka khazanah istana. Maka, dapatlah mereka akan belanga istana dan permaidani terbang dan specialnya belanga itulah salah satu 5 bahan  yang ajaib. 

 Maka,menaiki mereka akan permaidani  terbang ke lokasi  seterusnya ke gunung  keriang. Tiba-tiba
 mereka telah terlanggar pari-pari Nusaibah yang sedang berlegar-legar di udara. Maka, mereka meminta maaf dan meneruskan perjalanan. Di Gunung Keriang, mereka bertemu dengan penjaga gunung yang mempunyai kuasa sakti iaitu Dewi Maizatul Perkasa. Untuk meloloskan diri dari kesalahfahaman, maka meminta izin akan mereka untuk bertemu dengan Sultanah Hani Bintun Noorzid. Dengan lagak perkasanya, dewi mengizinkan mereka. Hatta mereka datang menghadap, maka mereka meminta pinggan yang diamanahkan. Tatkala, sultanah mendengar permintaan tersebut, baginda menolak hajat mereka mentah-mentah kerana pinggan tersebut merupakan barangan kesayangan ayahanda baginda.Tanpa segan silu, 5 panglima menerangkan betapa pentingnya pinggan tersebut untuk menewaskan Raden Nick Ven Shahril yang akan menyerang istana Queen Suraya. Dengan terkezutnya, sultanah bersetuju kerana Raden itulah yang menamatkan riwayat sepupu rapatnya, Yampuan Sakti Sharieza. Maka terkenang sultanah akan keakraban dengan Yampuan Sakti sedang bermain-main takala waktu kecil di tepi kolam. Tiba-tiba,Raden datang menunggang naganya. Akibat dari naganya yang leka menyembur api maka, Yampuan Sakti yang bernasib malang terkena percikan api. Mengucapkan 5 panglima dengan rasa senang hatinya “Alhamdulillah” kerana hajat mereka ditunaikan.

Penerbangan di teruskan dengan permaidani terbang empunya mereka. Maka terserempaklah mereka dengan Penglipur Lara Raja Ihsan Kapur yang sedang mempersembahkan persembahan teaternya. Dengan tidak sengaja, maka terdengar 5 panglima akan kisah pisau ajaib dalam teaternya. Setelah selesai teater, dengan rasa tidak sabarnya mereka bertanya akan pisau ajaib tersebut. Maka, jawablah penglipur lara “menurut tok moyang hamba pisau ajaib tersebut ada di puncak Gunung Everest”. Maka terbanglah mereka ke sana.

Sesudah sampai di sana bertemu mereka dengan penjaga istana bersama pari-pari Naina Sura Izza yang taat lagi setia kepada puteri bongsunya. Pari-pari tersebut enggan memberikan pisau tersebut, maka disuruhnya mereka mencari Puteri Bongsu Ummi Kasturi. Pada pandangan puteri bongsu kekenitan dan kekerdilan mereka begitu mencuit hatinya. Maka, puteri tersebut tidak sampai hati mengecewakan permintaan mereka. So, diserahkan pisau tersebut pada mereka. Sebelum mereka pergi, dengan ketawa kecilnya puteri tersebut bertanya “nak tinggi dak ?? ha ha ha??”, kalau nak pergilah mencari Tun Beraim Naim yang sedang bertapa dari Gua Kelam. Maka dengan sukacitanya mereka pun mencari Tun Beraim Naim di sana. Tanpa diberitahu akan hajat, Tun Beraim sudah tahu apa yang mereka hajat. Maka suruhlah Tun Beraim akan mereka ke kebun Masaya Futa Yusra mendapatkan sayap di beri nama kacang panjang. Mereka pun kesana dan memakannya setelah di beri izin. Dalam sekelip mata, berubahlah segala-galanya .Gembira sekali apabila mendapat kembali ketinggian mereka.

Mereka meneruskan perjalanan mereka mencari tukang masak seperti dalam tilikan nujum. Bertemu pula mereka dengan Non Fathiah yang sedang menyebar risalah bahawa ada tukang masak akan dijatuhkan hukuman pancung sampai mati pada sore nanti kerana memasak makanan larangan negara, “chicken rice chop”. Mereka menuju ke tempat hukuman yang akan dijalankan untuk melihat kemungkinan bahawa beliau adalah tukang masak yang dicari-cari. Setelah diamati, benarlah bahawa itulah tukang masak yang dicari kerana terdapat parut di tangan kanannya. Mereka sungguh gembira, mereka meminta izin untuk membeli tukang masak tersebut dari raja negeri itu. Maka raja bersetuju kerana beliau tiada lagi gunanya di situ. Dan sebagai tebusan, mereka harus membayar sepuluh keping wang syiling. 5 panglima bersetuju.

Mereka pun membawa pulang tukang masak tersebut yang digelar Chef Amazing Azri ke kampung halaman. Di sana, kepulangan mereka disambut meriah oleh rakyat jelata. Mereka berharap itulah tukang masak yang mereka nanti-nantikan. Dibawa pula menghadap Queen. Segala persediaan pun dibuat. Hari yang digeruni telah pun  tiba. Raden bakal menyerang istana. Lalu, dengan menggunakan 5 alatan memasak ajaib tersebut, chef pun menyediakan hidangan yang paling lazat. Lalu meninggalkannya ditengah-tengah laman istana. Rata-rata rakyat dan Queen pun bersembunyi dari pandangan Raden. Makanan yang begitu menyelerakan membuatkan naga kesayangan Raden meluru ke makanan tersebut. Setelah dimakan dengan lahapnya, naga yang kekenyangan itu pun mati. Maka tamatlah sifat kejahatan dalam diri Raden. Kini dia sudah tiada siapa-siapa dalam hidupnya. Dia pun insaf. Dengan itu Queen pun memanggil pelukis terkenal “Hakim Da Vinci” untuk melukis dan menulis serta membukukan kisah ini ke dalam sebuah kitab dan diabadikan sebagai kenangan dalam sejarah dunia.



P/S: versi asal..yg dalam MAJALAH MUMTAZ tue..terskip cikit.

Selasa, 15 Februari 2011

CINTA MENURUT ISLAM



Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong bererti cinta itu berkurang.

Apabila Allah s.w.t. cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan mencintainya bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Jika Allah s.w.t. mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah s.w.t. mencintai Fulan, maka cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Dalam Sunan Abu Daud dari hadith Abu Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Amal yang paling utama ialah mencintai kerana Allah s.w.t. dan membenci kerana Allah s.w.t.”

Imam Ahmad berkata: “Kami diberitahu oleh Isma’il bin Yunus, dari Al-Hassan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Demi Allah, Allah s.w.t. tidak akan mengazab kekasih-Nya, tetapi Dia telah mengujinya di dunia.”

Bagaimanakah yang dikatakan hakikat cinta itu?

Banyak mengingati pada yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya.

Apabila seseorang itu mencintai sesuatu atau seseorang, maka sudah tentu beliau kan sentiasa mengingatinya di hati atau menyebutnya dengan lidah. Oleh yang demikian, Allah s.w.t. memerintahkan hamba-hamba-Nya sgsr mengingati-Nya dalam apa keadaan sekalipun sebagaiman yang difirmankan oleh Allah s.w.t.:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” [Al-Anfaal:45]

Tunduk pada perintah orang yang dicintainya dan mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri.

Dalam hal ini, orang yang mencintai itu ada tiga macam:

1. Orang yang mempunyai keinginan tertentu dari orang yang dicintainya.
2. Orang yang berkeinginan terhadap orang yang dicintainya.
3. Orang yang berkeinginan seperti keinginan orang yang dicintainya. Inilah yang merupakan tingkatan zuhud yang paling tinggi kerana dia mampu menghindari setiap keinginan yang bertentangan dengan orang yang dicintainya. Firman Allah s.w.t.:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[A’li Imran:31]

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasul s.a.w. bersabda:

“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang-orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud daripada dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Pada hal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Apakah kamu terlampau berani berbohong kepadaKu? Demi KebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri sehingga orang ‘alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab tekanan fitnah itu)”
[Riwayat At-Tirmidzi]

Ibnu Abbas berkata: Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tidak meredhai kemungkaran yang berlaku di tengah-tengah mereka. Apabila mereka mengakui kemungkaran itu, maka azab Allah akan menimpa mereka semua, baik yang melakukannya mahupun orang-orang yang baik.

Umar Ibn Abdul Aziz berkata: Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebab perbuatan yang dilakukan oleh orang-oeang perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedangkan mereka (orang ramai) tidak mengingatkan, maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa.

"Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkara wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya"( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )

Mencintai tempat dan rumah sang kekasih.

Di sinilah letaknya rahsia seseorang yang menggantungkan hatinya untuk sentiasa rindu dan cinta kepada Ka’abah dan Baitulahhilharam serta masjid-masjid sehinggakan dia rela berkorban harta dan meninggalkan orang tersayang serta kampung halamannya demi untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang paling dicintainya. Perjalanan yang berat pun akan terasa ringan dan menyenangkan.

Bukannya seperti kebanyakan daripada manusia zaman ini yang lebih cintakan harta benda daripada apa yang sepatutnya mereka cintai.

Daripada Tsauban r.a berkata: Rasul s.a.w. bersabda:

“Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya: Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi s.a.w. menjawab: Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama nuih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerund terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit “wahan”. Seorang sahabat bertanya: Apakah “wahan” itu hai Rasul s.a.w? Nabi s.a.w. menjawab: Cinta dunia dan takut mati” [Riwayat Abu Daud]

Mencintai apa yang dicintai sang kekasih.

Dengan mematuhi segala perintah Allah s.w.t. serta mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata” [Al-Baqarah:208]

Berkorban untuk mendapatkan keredhaan sang kekasih

Keimanan seseorang muslim itu akan lengkap sekiranya dia mencintai Rasulullah s.a.w. dengan hakikat cinta yang sebenar. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak beriman seorang daripada kalian sehingga aku menjadi orang yang lebih dicintainya daripada (cintanya kepada) anak dan bapanya serta sekelian manusia”
[Riwayat Asy-Syaikhany, An-Nasaai, Ibnu Majah dan Ahmad]

Barangsiapa yang lebih mementingkan orang yang dicintai, maka beliau sanggup berkorban nyawa sekalipun demi untuk membuktikan kecintaannya itu kepada sang kekasih yang dicintainya. Oleh yang demikian, kedudukan iman seseorang masih belum dianggap mantap kecuali menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang paling mereka cintai, lebih besar dari cinta kepada diri mereka sendiri apalagi cinta kepada anak dan seterusnya keluarga dan harta benda. Firman Allah s.w.t.:

“Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri[1200] dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmim dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik[1201] kepada saudara-saudaramu (seagama). adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Allah)”

[1200] Maksudnya: orang-orang mukmin itu mencintai nabi mereka lebih dari mencintai diri mereka sendiri dalam segala urusan.
[1201] yang dimaksud dengan berbuat baik disini ialah berwasiat yang tidak lebih dari sepertiga harta.
[Al-Ahzab:6]

Cemburu kepada yang dicintai.

Orang yang mencintai Allah s.w.t. dan Rasul-Nya sentiasa cemburu hatinya apabila hak-hak Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dilanggar dan diabaikan. Dari kecemburuan inilah timbulnya pelaksanaan amal makruf dan nahi mungkar. Oleh kerana itulah, Allah s.w.t. menjadikan jihad sebagai tanda cinta kepada-Nya. Firman Allah s.w.t.:

”Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui” [Al-Maaidah:54]

Menghindari hal-hal yang merenggangkan hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah.

”Hai nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ikutilah apa yang diwahyukan Tuhan kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan bertawakkallah kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara” [Al-Ahzab:1-3]

”Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu[106] mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)”

[106] yang dimaksud dengan orang yang zalim di sini ialah orang-orang yang menyembah selain Allah. [Al-Baqarah:165]

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah” [Al-Maaidah:50]

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”
[Al-Baqarah:188]

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: aku mendengar Rasul s.a.w. bersabda:

“Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sahabat bertanya: Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? Nabi s.a.w. menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasut-menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”
[Riwayat Al-Hakim]

Isnin, 31 Januari 2011

aNDAI sUME INI BERUbAH

Tuhan..andai semua ini tidak berlaku...pastikah saat ini aku gembira..andai semua ini terhenti seketika..
apakah aku masih disini ..terus berdiri di sini..menggapai sebuah pelangi ceria milikku..
kabarkan padaku sahabat..andai semua ini tak berlaku.. apakah aku masih disisimu.. bersama berjalan mencapai segala yang di impikan.. apakah itu akan berlaku sahabat??
apakah kepercayaan ini masih utuh di hati ini..untukmu..
kerna kau telah meninggalkan aku..beriibu waktu dahulu.. apakah bisa hati ini mempercayaimu seperti sedia kala..
andai ini takdirku..andai semua ini tidak berlaku..entahlah..
apakah memag di takdirkan untukku bersendiri.. menjalani liku-liku hidup ini sendiri..
di saat ini.. apakah mungkin aku kan tabah..??
ya tuhan.. andai diri ini lemah.. takdirkan kekuatan itu untukku.. agar bisa diri ini terus melangkah...
andai setiap detik
boleh ku putar kembali..andai semuanya tidak  berlaku..
andai diri ini tidak pernah di pinggirkan..aku pasti dan teramat pasti.. semua ini..
mustahil akan berlaku.. namun itu  dan ini takdirku..
aku redo ya tuhan.. kerana ini diriku.. aku tetap menjadi diriku..
kerana aku tahu..
TUHAN MASIH MENCINTAIKU..

Selasa, 25 Januari 2011

~Aku yakin..ini Jalanku..kepadaMu~






Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku
di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

Ahad, 9 Januari 2011

~belajar dari HELANG~

Boleh ke saya ni abang? Susah lah. Orang lain memang la boleh, mereka semua ada asas Arab. Saya ni tidak ada asas, sebab tu la saya gagal kot!"
Begitulah luah seorang pelajar sebulan sebelum menduduki SPM tempoh hari. Soalannya kepada saya, sempat ke dalam masa sebulan ni nak tukar dari gagal kepada A?
Helang Sangkakan Dirinya Ayam
Seorang petani yang sedang mencari herba di atas bukit terpandang sarang burung. Tiada ibu, tapi ada beberapa biji telur di dalamnya. Si petani tahu itu adalah telur si helang. Fikirnya kalau diambil sebiji telur tentu tak mengapa. Sampai di rumah, si petani tadi meletakkan telur helang tersebut bersama telur ayam, dan dieram oleh ibu ayam.
Dua hari kemudian, ibu ayam berkokok keriangan, kerana semua anak-anaknya sudah menetas- termasuk anak helang tadi!
Anak helang itu dibesarkan oleh ibunya (ibu ayam) seperti abang-abang dan kakak-kakaknya yang lain. Ia makan apa yang mereka makan, minum apa yang mereka minum, buat apa yang mereka buat, hatta mengikut ke mana sahaja ibu dan abang kakaknya pergi. Pendek kata, si helang dibesarkan sebagai seekor ayam. Malah si helang ini tidak pandai terbang.
Dan si helang penuh percaya bahawa dirinya adalah seekor ayam, walau berbeza dengan ibu, abang dan kakaknya.
Lama selepas itu, si helang ini telah tua- sedang semua ibu, abang dan kakaknya dijual oleh tuannya, si helang masih di situ. Sedang si helang ini mematuk makanan bersama ayam lain, si helang terpandang ke langit, dan terlihat seekor burung yang sedang terbang megah. Lalu tanya si helang ini pada ayam, "siapa itu? Aku kagum melihatnya, begitu hebat menyusur di udara".
Lalu balas si ayam, "itulah Sang Helang, raja segala burung. Bukan seperti kita, burung yang mematuk di bumi!"
Si helang tua mengangguk, dan kembali mematuk tanah, mencari makanan...sehingga akhir hayatnya.
Bina Kepercayaan Hari Ini
"Apa yang awak ada sekarang, atau apa yang pernah awak ada dulu bukan penentu mutlak siapa awak esok hari. Tapi baik abang, atau awak sendiri, kita sama-sama yakin, apa yang awak percaya, itulah yang awak akan jadi!"
Kita sudah tentu tidak mahu menjadi seperti si helang tadi yang membesar, menjadi tua, mematuk tanah, malah mati 'sebagai ayam', sedang kita punya sepasang sayap besar yang membolehkan kita terbang menyusur angkasa mencari makanan di merata tempat, dan akhirnya mati dengan bangga sebagai raja burung!
- Artikel iluvislam.com

PESANAN TOK SEPANJANG MASA


DON'T YOU DARE TO TROUBLE THE TROUBLE IF YOU DON'T WANT THE TROUBLE TO TROUBLE YOU !!!