"dedicated to all my SAHABAT..kisah kita, memori kita, kenangan kita.. lembaran paling bermakna dalam hidupku"
5 AKAUN PUNYA CERITA
Alkisah pada zaman dahulu di dalam sebuah negeri,terdapat sebuah istana bernama account five tetapi rata2 rakyatnya yang buta huruf menyebutnya ”econsave”. Istana Kristal yang tersergam indah di Jerai Height di perintah oleh Queen Suraya yang baik rupa paras serta tinggi budi pekertinya. Negeri ini peace and harmony di bawah kawalan 5 orang panglima. Iaitu Hang Fariq, Hang Mirul, Hang Uzair, Hang Hakimi dan Hang Fathi. Mereka ini sempurna segala ilmu kung fu dan ilmu batin yang mendalam. Ingin tahu siapa guru mereka?? Maka Master Wangalana Syafiq la guru mereka. Bermulalah kisah apabila ratu mendapat BAD DREAM. Lalu dititahkan tukang tilik istana, Nujum Ahmad Kamil datang menghadap. Setelah ditilik, maka diberitahu bahawa seorang putera kegelapan bersama naganya akan datang menyerang negeri ini kerana jealous akan kemakmurannya. Untuk menewaskan putera kegelapan ini, ratu haruslah menyediakan makanan yang di masak dari 5 peralatan masak ajaib di dunia. Sudip perak, sudu gangsa, pinggan berlian, belanga tembaga dan pisau emas. Masakan itu haruslah dimasak oleh seorang chef yang tidak diketahui kedudukannya tapi tangan kanannya mempunyai parut bekas terkena api. Namun setiap satu barang ini terdapat di 5 gunung yang berbeza. Maka, di jadikan cerita apabila tersebar berita ini, maka jatuh pengsanlah seorang gadis dari desa kiambang yang digelar Cik Siti Wan Kembang akibat terlalu shock. Lucunya lagi, ada rakyat yang memsponsorkan diri dan mengakui dirinya handal memasak dan merupakan calon yang dimaksudkan ahli nujum, Mery Jemy gelarannya. Lawak bukan ??? So , Queen Suraya pun menitahkan 5 orang panglimanya mencari apa yang di beritahu ahli nujum. Bermulalah ekspedisi mereka……
Setibanya di tengah jalan, baru mereka teringat… “ Woi, hampa bawak peta dak? Sergah Hang Hakimi kepada 4 hang yang lain. “Ngak sih… Gi mana nih” bilang Hang Fathi. Kelima-kelima mereka menjerit “GAWAT SIH…’’. Eh, eh, dengar tu…”. Tiba-tiba satu alunan syair yang merdu hinggap di telinga mereka. Datangnya dari Sang Husna di tengah padang pasir. Syairnya ada menyebut tentang alat ajaib yang di cari-cari mereka. Mereka pun mengajukan soalan “di manakah peta untuk mencari 5 benda ajaib tersebut?” Sang Husna memberitahu bahawa seluruh peta di dunia ini dapat di peroleh dari Profesor Madya Syakirah A. Ismail. Hatta di sana, melihat akan cendekiawan tersebut, mereka pun bertanya akan peta tersebut. Prof. pun menyuruh pembantunya Miss Mimie memberikan peta tersebut kepada mereka. Sebagai tukaran ketinggian mereka perlu di tarik kerana sikap jealous Miss Mimie yang tak tinggi-tinggi. Mereka pun redha demi taat setia mereka terhadap ratu mereka.
Hatta, mereka pun menjadi kerdil dan meneruskan semula perjalanan mereka setelah mendapatkan apa yang di hajati. Maka dengan langkah pertama mereka menuju ke Gunung Fuji untuk mendapatkan setiap perak. Dari jauh kelihatan Puteri Hidayah Dang Wangi sedang termenung di bawah pepohon rendang di kaki gunung. Dengan gembiranya 5 panglima menghampirinya untuk meminta sudip. “Apa…. Sudip!!!”, berkata puteri kepada 5 panglima kerana permintaan mereka di anggap aneh olehnya . Tatkala bersetuju puteri, maka keluarlah Dayang Ainun, yang merupakan ketua dayang Istana Fuji membawa sudip yang berkilau kepada mereka. Berjalanlah mereka sehingga sampai di masjid untuk bersolat. Di sana, bertemu pula mereka dengan imam besar, Syeikh Shauqi . Sheikh Shauqi pun berpesan agar berhati-hati dalam perjalanan dan menjaga adab-adab bermusafir. Dengan gembira mereka meneruskan perjalanan ke Gunung Tahan. Dalam perjalanan mereka telah di serang dan ditangkap oleh konco-konco istana yang diketuai oleh Temenggung Najdi. Maka, mereka di bawa mengadap Permaisuri Asmaa yang memerintah wilayah Setoi kerana disyaki menceroboh kawasan istana. Padahal mereka tidak sedar pun!!! Mereka menjelaskan perkara sebenar dengan pantasnya. Dengan murkanya permaisuri mengetuk-ngetuk kepala Temenggung Najdi kerana telah memalukan pihak istana. Sebagai tanda maaf,akan memberikan mereka khazanah istana. Maka, dapatlah mereka akan belanga istana dan permaidani terbang dan specialnya belanga itulah salah satu 5 bahan yang ajaib.
Maka,menaiki mereka akan permaidani terbang ke lokasi seterusnya ke gunung keriang. Tiba-tiba
mereka telah terlanggar pari-pari Nusaibah yang sedang berlegar-legar di udara. Maka, mereka meminta maaf dan meneruskan perjalanan. Di Gunung Keriang, mereka bertemu dengan penjaga gunung yang mempunyai kuasa sakti iaitu Dewi Maizatul Perkasa. Untuk meloloskan diri dari kesalahfahaman, maka meminta izin akan mereka untuk bertemu dengan Sultanah Hani Bintun Noorzid. Dengan lagak perkasanya, dewi mengizinkan mereka. Hatta mereka datang menghadap, maka mereka meminta pinggan yang diamanahkan. Tatkala, sultanah mendengar permintaan tersebut, baginda menolak hajat mereka mentah-mentah kerana pinggan tersebut merupakan barangan kesayangan ayahanda baginda.Tanpa segan silu, 5 panglima menerangkan betapa pentingnya pinggan tersebut untuk menewaskan Raden Nick Ven Shahril yang akan menyerang istana Queen Suraya. Dengan terkezutnya, sultanah bersetuju kerana Raden itulah yang menamatkan riwayat sepupu rapatnya, Yampuan Sakti Sharieza. Maka terkenang sultanah akan keakraban dengan Yampuan Sakti sedang bermain-main takala waktu kecil di tepi kolam. Tiba-tiba,Raden datang menunggang naganya. Akibat dari naganya yang leka menyembur api maka, Yampuan Sakti yang bernasib malang terkena percikan api. Mengucapkan 5 panglima dengan rasa senang hatinya “Alhamdulillah” kerana hajat mereka ditunaikan.
Penerbangan di teruskan dengan permaidani terbang empunya mereka. Maka terserempaklah mereka dengan Penglipur Lara Raja Ihsan Kapur yang sedang mempersembahkan persembahan teaternya. Dengan tidak sengaja, maka terdengar 5 panglima akan kisah pisau ajaib dalam teaternya. Setelah selesai teater, dengan rasa tidak sabarnya mereka bertanya akan pisau ajaib tersebut. Maka, jawablah penglipur lara “menurut tok moyang hamba pisau ajaib tersebut ada di puncak Gunung Everest”. Maka terbanglah mereka ke sana.
Sesudah sampai di sana bertemu mereka dengan penjaga istana bersama pari-pari Naina Sura Izza yang taat lagi setia kepada puteri bongsunya. Pari-pari tersebut enggan memberikan pisau tersebut, maka disuruhnya mereka mencari Puteri Bongsu Ummi Kasturi. Pada pandangan puteri bongsu kekenitan dan kekerdilan mereka begitu mencuit hatinya. Maka, puteri tersebut tidak sampai hati mengecewakan permintaan mereka. So, diserahkan pisau tersebut pada mereka. Sebelum mereka pergi, dengan ketawa kecilnya puteri tersebut bertanya “nak tinggi dak ?? ha ha ha??”, kalau nak pergilah mencari Tun Beraim Naim yang sedang bertapa dari Gua Kelam. Maka dengan sukacitanya mereka pun mencari Tun Beraim Naim di sana. Tanpa diberitahu akan hajat, Tun Beraim sudah tahu apa yang mereka hajat. Maka suruhlah Tun Beraim akan mereka ke kebun Masaya Futa Yusra mendapatkan sayap di beri nama kacang panjang. Mereka pun kesana dan memakannya setelah di beri izin. Dalam sekelip mata, berubahlah segala-galanya .Gembira sekali apabila mendapat kembali ketinggian mereka.
Mereka meneruskan perjalanan mereka mencari tukang masak seperti dalam tilikan nujum. Bertemu pula mereka dengan Non Fathiah yang sedang menyebar risalah bahawa ada tukang masak akan dijatuhkan hukuman pancung sampai mati pada sore nanti kerana memasak makanan larangan negara, “chicken rice chop”. Mereka menuju ke tempat hukuman yang akan dijalankan untuk melihat kemungkinan bahawa beliau adalah tukang masak yang dicari-cari. Setelah diamati, benarlah bahawa itulah tukang masak yang dicari kerana terdapat parut di tangan kanannya. Mereka sungguh gembira, mereka meminta izin untuk membeli tukang masak tersebut dari raja negeri itu. Maka raja bersetuju kerana beliau tiada lagi gunanya di situ. Dan sebagai tebusan, mereka harus membayar sepuluh keping wang syiling. 5 panglima bersetuju.
Mereka pun membawa pulang tukang masak tersebut yang digelar Chef Amazing Azri ke kampung halaman. Di sana, kepulangan mereka disambut meriah oleh rakyat jelata. Mereka berharap itulah tukang masak yang mereka nanti-nantikan. Dibawa pula menghadap Queen. Segala persediaan pun dibuat. Hari yang digeruni telah pun tiba. Raden bakal menyerang istana. Lalu, dengan menggunakan 5 alatan memasak ajaib tersebut, chef pun menyediakan hidangan yang paling lazat. Lalu meninggalkannya ditengah-tengah laman istana. Rata-rata rakyat dan Queen pun bersembunyi dari pandangan Raden. Makanan yang begitu menyelerakan membuatkan naga kesayangan Raden meluru ke makanan tersebut. Setelah dimakan dengan lahapnya, naga yang kekenyangan itu pun mati. Maka tamatlah sifat kejahatan dalam diri Raden. Kini dia sudah tiada siapa-siapa dalam hidupnya. Dia pun insaf. Dengan itu Queen pun memanggil pelukis terkenal “Hakim Da Vinci” untuk melukis dan menulis serta membukukan kisah ini ke dalam sebuah kitab dan diabadikan sebagai kenangan dalam sejarah dunia.
P/S: versi asal..yg dalam MAJALAH MUMTAZ tue..terskip cikit.