Ahad, 1 Mac 2015

5 YEARS AT UM


"they could be the one that mess me up"

5tahun, study di UM..
Aku andaikan keadaan dan situasi bakal berubah. Orang kata " biar masa menentukan sealanya".
Tapi mungkin orang terlupa yang masa sebenarnya munkin tidak akan menikut kehendak kita ..kan?
Setahun setengah yang pertama, di UM hidup aku bahagia..
Pergi mana semua oran akan sapa, tegur, menaku denan jelas bahawa aku kawan baik mereka.
Sehinggalah pada tiga bulan terakhir sebelum aku menamatkan pengajian Asasi di UM, aku DILAMAR. Well aku terima kerana Dia serious. Tapi mereka, terus menyisih aku, seakan aku ini najis yang tidak boleh lansung disentuh. Well, kerana pasangan aku bukan setaraf dengan situasi aku pada masa itu. "JODOH ITU RAHSIA ALLAH", adakah mereka lupa frasa tersebut?

FIRST YEAR DEGREE @ UM
Aku menerima kawan baru, namun kawan yang lama tetap menyisihkan aku. Aku , nama aku, black list utk apa2 jawatan di dalam persatuan. Sebab? " Aku pilih pasangan yang aku yakin Allah hantar dia kepada aku". Pelik, manusia di sekeliling aku ini pelik. Mereka tidak cuba untuk memahami pilihan aku, kerana apa? Kerana lelaki itu bukan "kaki surau". Aku tidak meletakkan "kaki surau" di dalam list of qualification utk jadi pasangan aku. Aku cuma letakkan syarat, "buat baik untuk Allah dan bukan untuk dipandang manusia". Cukup simple. Tapi sekaran aku masih tidak difahami.
Tahun ini, aku kehilangan kawan baik, kerana dia juga sisihkan aku disebabkan pasangan aku. Ntah, pelik dan celaru beserta keliru. Kami bukan merpati dua sejoli, dan perlakuan kami bukan seperti belangkas. Bayangkan daripada kawan baik menjadi pasangan. Perlakuan kami still macam kawan baik. Tahun 1 aku berlalu agak pahit.

SECOND YEAR @ UM
Tahun dua, aku cuba survive sorang2 di kolej kediaman. Aku buka hati untuk menerima orang baru sebagai roomates. Well, aku dianugerahkan roomates yang terbaik yang aku pernah ada selain pada waktu Asasi dahulu. Yati n Dila. Dyorg mungkin tidak sebaya, tapi jiwa kami sekata. Alhamdulillah aku dapat kawan yang terbaik. Kehidupan aku di kuliah seperti biasa. Yang mana ignore kan aku, aku tidak ambil kisah langsung. Yang pasti aku bahagia. Aku selesa . Pandanan orang ramai mungkin mengubah persepsi pensyarah terhadap aku, tapi aku tahun, kalau aku ada buat salah aku patut rasa bersalah dan malu kepada pensyarah, tetapi tidak. Aku tidak rasa sebegitu kerana tiada kesalahan yang aku lakukan sepertimana yang dibawa cerita oleh mulut-mulut yang tidak bertanggungjawab yang kononnya persatuan paling alim di UM. "Cukup lah kalian bersandiwara, cukuplah kalian membawa cerita. Aku tidak akan jatuh, kerana aku sentiasa bahagia dengan kejujuran".

FINAL YEAR @ UM
Tahun yang aku mula untuk mengenali diri aku. Roomate? Roomate aku bertukar lagi, part yang paling sedih sebab roomate sekarang x best. Pembelajaran aku? Yup macam yang aku gtwu sebentar tadi di atas, aku dipandang serong oleh pensyarah. Sakit hati? Taklah, aku buat benda yang betul. Pasangan aku? Dia semakin berkarisma. Dia satu-satunya kawan baik yang aku ada selama ini. Dia sebagai pasangan? Dia seoran lelaki yang baik. Sangat baik, terkadang sehingga aku berdoa agar Allah kurniakan dia pasanan yang terbaik dan bukan aku. Aku tak baik? Taklah, sebab dia terlalu baik untuk aku. Kehidup aku dari sehari ke sehari semakin sunyi. Semakin sakit. Mungkin side effect daripada ubat yang aku ambik sebagai pain killer untuk semua rasa sakit yang aku rasa sebelum ini. Aku takut ke hospital, dan pain killer sebagai penyelamatnya. Mungkin pengambilan pain killer selama tiga tahun dahulu sudah menunjukkan kesan. Coursemate? Aku kenal dyorg. Antara manusia yang tidak akan tinggalkan aku disebabkan note exam di penghujung semester nanti. Mereka antara yang mengambil kesempatan keatas aku. Curi note exam? Dah ramai, tapi aku hanya mampu tersenyum dan diam. Bialah, aku berkongsi. Mereka antara manusia yang buang aku dan sisihkan aku apabila aku tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk mereka dan mengangkat aku apabila kepentingan mereka itu wujud dan ada pada aku. Opps terlupa pula, aku dapat tawaran exchange student 2 kali di Korea, tapi aku tolak. Sebab? Sebab mak kata, family xde duit untuk tanggung pengajian aku di sana, tambahan pula kakak aku kawin dan adik-adik aku semua masuk universiti tahun nie. So total yang masih dalam pengajian di universiti adalah 4 orang. Mak kata nanti bila dah kerja, dah kahwin ajak suami pergi bercuti di Korea. Aku dengan lemah menangguk. Kata-kata mak mungkin ada hikmahnya, bukan sekaran tetapi nanti. :D

Itulah sedikit sebanyak menenai aku, aku  cuma mengakui.."HIDUP INI PELIK, HIDUP INI ASING, NAMUN CUBA UNTUK TERUS MELANGKAH MERUPAKAN LANGKAH TERBAIK"

p/s : pasangan aku? dia sedan belajar untuk menjadi suami dan bapa yang terbaik. Alhamdulillah.


PESANAN TOK SEPANJANG MASA


DON'T YOU DARE TO TROUBLE THE TROUBLE IF YOU DON'T WANT THE TROUBLE TO TROUBLE YOU !!!