Selasa, 16 November 2010

~ ODYSSEY SEGUMPAL HATI~

Coretan seorang penulis yang begitu luar biasa..sehingga aku begitu mengaguminya..
walaupun sebelum ini ..semua karyanya tidak pernah ku kenali..

"YA ALLAH..AKALKU TERHAD ILMUKU DANGKAL.."
satu buku yang begitu menarik perhatianku..
buku yang menggabungkan peristiwa2 yang berlaku dengan nama2 ALLAH.. sebagai bukti sifat2Nya..
Subhanallah..
Terkagum aku sebentar..pabila membacanya..
Buku itu telah membuka mataku..
mengenai betapa ESA nya ALLAH..
yang selama ini kita hanya tahu mengenai nama2 ALLAH..namun tidak pernah menyelidiki apakah maksud di sebaliknya..

Banyak kisah yang di ceritakan di sini..
ingin aku memetik satu kisah..yang begitu mengagumi aku..
yang begitu membuktikan bahawa ALLAH itu  AL-MANI'..
Kisahnya bermula begini..
      " Kisah ini berlaku di negara barat.Tersebut kisah seorang imam dan anaknya yang berusia 11 tahun. Setiap Jumaat menjelang tengahhari imam tersebut dan anaknya , menjadi kebiasaan mereka untuk menyebarkan risalah sebagai salah satu usaha menyampaikan hari kebesaran dan keagungan ALLAH. Pada suatu hari Jumaat, hujan turun dengan lebat. Si anak yang telah terbiasa dalam suasana didikan kerohanian dan agama seperti biasa tanpa menghiraukan cuaca di luar. Dia bersedia dengan baju hujan dan berkata " Ayah..jom. Saya dah sedia".
Si ayah bertanya. " Nak ke mana?" 
"Ayah..kan hari ini kita sama2 nak edarkan risalah?"
" Hujan lebat kat luar tu.."
Si anak agak terkejut dengan jawapan si ayah lalu  berkata..:
" Tapi..ayah, waktu hujan pun masih perlu sampaikan risalah mengenai Allah kan?"
" Ayah tak nak keluarlah hari ini.."
Si anak yang telah terbiasa dan bersemanbat mengedarkan risalah mengenai kebesaran Allah berkeras untuk keluar dan meminta izin. " Ayah..saya pergi seorang ya.. Boleh ya..ayah.."
Si ayah diam . Kebimbangan mengenai kesihatan  si anak membuatnya teragak-agak .Kesihatannya sendiri agak merosot akhir2 ini..Tidak ada salahnya si anak menjalankan misi risalah Jumaaat seorang diri. Semoga anak lelakinya akan menjadi penyambung perjuangannya..
Akhirnya, ayahnya memberi izin. " Pergilah, nak. Hati2 ya. Nanti demam pula. Nah, ini risalah untuk hari ini. "
" Terima kasih , ayah!! " Si anak menjerit riang dengan keizinan yang telah di berikan oleh ayahnya.

         Tubuh kecil berbalut baju hujan itu sesungguhnya membawa misi yang sangat besar.Keceriaan dan kebahagiaan terpancar di wajah si anak yang baru berusia 11 tahun itu. Dia memberikan risalah kepada sesiapa yang ditemuinya di jalanan. Dalam benaknya, risalah mengenai kebesaran dan keagungan Allah mesti di habiskan. Setiap yang menerima, jika dapat manfaat maka ada ganjaran pahala daripada Allah. Pesan ayah melekat teguh di hatinya.

        Selepas hampir 2 jam berlalu di tengah hujan dengan kesejukkan yang menggigit tulang, hanya tinggal 1 risalah di tangannya. Si anak berhenti di suatu sudut  jalan sambil mencari-cari kepada siapa dia hendak berikan risalah terakhir itu. Jalan lengang. Hatinya tergerak untuk menuju ke rumah pertama yang telah dilihatnya. Loceng ditekan. Tiada jawapan. Dia terus menunggu. Masih tiada jawapan. Akhirnya si anak berpaling untuk pergi ke rumah lain, tetapi semacam ada sesuatu yang mendorongnya bukan sahaja menekan loceng tetapi mengetuk pintu dengan sekuat hati sehingga tangannya berasa sakit.Cubaan terakhir, getus hatinya. Kali ini dia mendengar bunyi tapak kaki dari dalam rumah.

        Perlahan-lahan pintu di buka dari dalam. Seorang tua berwajah sedih berdiri di celah bukaan pintu di hadapan si anak. Dengan lemah, orang tua itu berkata " Ya nak..apa yang pakcik boleh bantu? " 
Wajah ceria dengan mata yang bersinar, si anak memberikan senyuman paling comel.
 " Maaf kalau saya mengganggu pak cik di tengah hujan begini. Saya hanya nak sampaikan risalah ini dan mengatakan ALLAH SANGAT MENYAYANGI PAKCIK. Ini risalah terakhir saya hari ini mengenai Allah dan sifat kasih sayang-Nya yang Maha Luas .Pakcik ambillah.."
Si anak tidak sempat mendengar lelaki tua itu berkata 
" Terima kasih , nak.."

            Kebiasaan si ayah, setiap Jumaat selepas selesai solat Jumaat dia duduk bersama jemaah masjid sambil berbincang @ menjawab persoalan2 yang ditanyakan oleh ahli jemaah masjidnya. " Ada sesiapa nak berkongsi apa2? " Si ayah membuka persoalan..
Dari baris belakang seorang tua yang tidak pernah dilihat oleh imam memulakan kisah nya. Wajahnya kelihatan cerah dan ceria.

      '" Mungkin tiada yang mengenali diri saya di sini. Memang saya tidak pernah datang ke sini. Hari Jumaat lepas, saya masih bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal dunia & meninggalkan saya keseorangan di dunia ini. Saya tidak memiliki sesiapa dalam hidup. Jumaat lepas, ketika hujan lebat & cuaca yang sangat dingin saya terasa semakin kosong dan keseorangan. Saya berputus asa untuk hidup..."
ntuk menendang kerusi itu dan menamatkan riwayat saya sendiri. Bunyi loceng mengganggu niat saya.Saya tunggu sekejap dan berfikir, sekejap lagi orang yang menekan loceng itu tentu akan pergi. Namun bunyi loceng itu tidak berhenti-henti..."
" Saya terfikir...siapalah manusia yang datang ni..sudah sekian lama tidak ada orang datang menjenguk saya. Saya melonggarkan ikatan tali di leher, turun dari kerusi dan menuju ke pintu. Bunyi loceng diselangi ketukan pintu berbunyi tidak berhenti-henti..."
" Apabila saya membuka pintu, saya rasa macam tidak percaya dengan apa yang sedang saya lihat. Seorang kanak2 comel sedang tersenyum penuh ceria dengan mata yang bersinar. Senyuman dan kata2nya menusuk jauh ke dalam hati saya. Saya tidak pernah mendengar kata2 seindah yang keluar dari mulut budak secomel itu.."

       "....ALLAH SANGAT MENYAYANGI PAKCIK. Ini risalah terakhir saya hari ini mengenai Allah dan sifat kasih sayangn-Nya yang Maha Luas. Pakcik ambillah..."
" Inilah risalah yang telah di berikan oleh budak comel itu. Saya membacanya setelah anak itu pergi. Setiap perkataan dalam risalah itu menyentuh hati saya. Saya kembali ke kerusi dan tali gantung dan menyedari...saya masih ada sebab untuk terus hidup.."
" Sungguh sekarang saya tahu saya ada Allah yang sangat menyayangi saya. Alamat masjid ini tertulis dalam risalah ini. Saya datang untuk mengucapkan terima kasih kepada ' malaikat kecil ' yang telah menyelamatkan saya daripada penderitaan neraka yang lebih hebat daripada kesunyian dunia..."

         Semua yang hadir di masjid itu bergenang air mata keharuan. Laungan ALLAHU AKBAR bergema.Si ayah berdiri dan berjalan menuju ke arah anaknya yang digelar ' malaikat kecit ' oleh orang tua tersebut. Dia memeluk anaknya erat diiringi tangisan keharuan. Mereka bukan sahaja terikat dengan kasih sayang antara anak dan ayah..tetapi dengan ikatan Khalifah dan Hamba.

 Sesungguhnya si anak telah mendapai inspirasi daripada AL-MANI' ( Maha mencegah daripada kemudharatan). Allah meniupkan ilham kesungguhan untuk menyampaikan risalah sehingga orang tua ini untuk terus hidup dan mengenali Allah..
ALLAHU AKBAR...

Moga kisah di atas sedikit sebanyk dapat menambahkan kefahaman terhadap kekuasaan , keesaan dan keagungan Allah SWT. Sekadar disini sahaja..
Izinkan pendeta mengundur diri..
Wallahu a'lam.

PESANAN TOK SEPANJANG MASA


DON'T YOU DARE TO TROUBLE THE TROUBLE IF YOU DON'T WANT THE TROUBLE TO TROUBLE YOU !!!