Sabtu, 23 Oktober 2010

~TIPS2 SIHAT~


NAIK TANGGA PANJANGKAN USIA

        Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumumpulan pakar dari Eropah mendapati mereka yang mengamalkannya setiap hari mempunyai tahap kesihatan yang lebih berkualiti.Bukan itu sahaja,ukuran pinggang mereka menyusut sehingga 1.8%,lemak 1.7% dan LDL kolestrol 3.9%. Menerusi data yang dikumpul, pakar tersebut membuat kesimpulan seseorang itu mampu menurunkan kadar kematian sehimgga 15% disebabkan apa jua penyakit.


MELUKIS PANJANGKAN UMUR
       Pilihlah hobi seperti melukis @ bermain alat muzik dan anda akan hidup lebih lama. Kajian yang dijalankan di Universiti Norwegian menyatakan aktiviti seperti melukis dan bermain alat muzik akan membantu anda mengurangkan stress dan memanjangkan hayat anda.

BERJABAT TANGAN PANJANGKAN USIA
       Sekiranya anda bersalaman dengan erat,berjalan sambil mengunyah gula2 getah,mampu melompat akibat terkejut menonton kisah seram dan memenangi pertandingan sukaneka,jangka hayat anda pasti lebih panjang dan berkualiti.Kajian yang dilakukan oleh British Medical Journal mendapati orang-orang yang tidak mampu melakukan aktiviti seperti diatas dan tidak mampu menikmati hidupnya,mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi berbanding mereka yang melakukannya.


KURANG TIDUR BURUKKAN DIABETES
       Berdasarkan penemuan yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Belanda.pesakit diabetes jenis dua perlu mendapatkan tidur yang sukup pada waktu malam. Mereka yang tidur hanya 4 jam sehari didapati berhadapan masalah sensitiviti insulin.


BERUS GIGI ELAK STROK
       Penemuan pakar dari Universiti Cillege di London ,England mendapati mereka yangmemberus gigi sekali sehari berisiko 1.3 lebih mudah mengembangkan penyakit jantung manakala mereka yang memberus gigi kurang dari sehari sekali 1.7 kali ganda risiko mendapat serangan jantung ! Mereka yang kurang memberus gigi juga menunjukkan level inflamasi di mana faktor ini dipercayai meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.


JALAN LAJU ELAK MONOPAUS
      Satu kajian terbaru di edisi terbaru Archives of Internal Medicine menunjukkan berjalan laju iaitu tiga batu sejam membantu wanita pramenopaus mengawal berat badan. Manakala berjalan kurang dari tiga batu sejam tidak memberi apa-apa kesan pada berat badan mereka.


~ sumber dari MAJALAH iSIHAT ( november 2010) ~

PESANAN TOK SEPANJANG MASA


DON'T YOU DARE TO TROUBLE THE TROUBLE IF YOU DON'T WANT THE TROUBLE TO TROUBLE YOU !!!