Ahad, 24 November 2013

WANITA




Bicara ini penuh rasa..
keliru,serabut,duka,gembira,cinta
Perasaan wanita selalu berubah..
Ya, sekarang aku seorang wanita..
baru sahaja menjejakkan kaki ke status ini..
Aku wanita yang 21 hari cuma,
Namun berbagai rasa yang aku rasai.

Aku punya orang tersayang,
Aku dulu tidak pernah ketahui apa itu cinta lelaki dan perempuan,
Sehingga aku menjejakkan kaki ke alam Universiti
Dia insan pertama yang mengenalkan aku dengan CINTA,SUKA..
Fikiranku mengatakan bahagianya rasa ini
Namun genap setahun dia meninggalkan aku,
Sehingga sekarang walau sering aku ketemu dia,
Tidak pernah mulutku berasa ringan untuk bertanyakan,
"Apa kurangnya aku sehingga aku ditinggalkan"

Seterusnya..Allah ketemukan aku dengan teman baikku sendiri
Baru sahaja aku mengenalinya
Namun Allah menarik hatiku untuk meminatinya
Aku sekarang menyayangi
Dan aku tahu aku disayangi
Jika ditanyakan sebab..aku tiada untuk jawapan itu
Kerana aku menyayangi...tanpa perlu ada halangan antara itu.
Aku sedari, kadang perasaan ini sering berbolak balik,
Terlintas dihatiku untuk terus menjadi yang halal
Namun aku ragu adakah aku bersedia,
Adakah psikologi aku bersedia untuk berkongsi,mendalami,berjimat,bersabar dan sebagainya.
Lalu aku menangguhkan hubungan ini untuk 5 tahun akan datang
Dia tetap disisiku sebagai teman karib
Panggilan manja? Tidak seringkali kami gunakan..
Kerana bagi kami itu cuma mungkin mengganggu perasaan.

Aku wanita,
Aku juga pernah merasa seksa keserabutan hidup,
Aku bukan seperti rakan yang lain,
Aktivitiku terbatas, 
Aku cuma mahu mengembara
Mungkin kerana sifat keluargaku yang tidak suka mengembara
Mmembuatkan aku dan keinginan ini terus membara
Kadang aku terlupa
Aku menolak semua yang menghampiri untuk menghalang keinginan ini
Namun, semua itu masih disisi
Terasa saat itu seperti mahu meniggalkan segalanya
Tekanan yang dialami membuatkan aku
Melakukan yang gila teramat
Tuhan ampuni aku

Aku ...mereka juga wanita
Prinsipku, bencikan lelaki yang memijak kami
Kami dijadikan untuk disisi
Bukan dibawah tapak kaki.
Buat wanita ...
Teguh prinsip bukan bermaksud nerd
Namun itu sebagai benteng..
Pelbagai rasa yang datang
Semua itu ujian Tuhan
Ada DIA segalanya selamat.
Maka..
BERHARAPLAH..
Mohon semuanya sempurna...                                                                ezr@_!m

PESANAN TOK SEPANJANG MASA


DON'T YOU DARE TO TROUBLE THE TROUBLE IF YOU DON'T WANT THE TROUBLE TO TROUBLE YOU !!!