Tuhan..andai semua ini tidak berlaku...pastikah saat ini aku gembira..andai semua ini terhenti seketika..
apakah aku masih disini ..terus berdiri di sini..menggapai sebuah pelangi ceria milikku..
kabarkan padaku sahabat..andai semua ini tak berlaku.. apakah aku masih disisimu.. bersama berjalan mencapai segala yang di impikan.. apakah itu akan berlaku sahabat??
apakah kepercayaan ini masih utuh di hati ini..untukmu..
kerna kau telah meninggalkan aku..beriibu waktu dahulu.. apakah bisa hati ini mempercayaimu seperti sedia kala..
andai ini takdirku..andai semua ini tidak berlaku..entahlah..
apakah memag di takdirkan untukku bersendiri.. menjalani liku-liku hidup ini sendiri..
di saat ini.. apakah mungkin aku kan tabah..??
ya tuhan.. andai diri ini lemah.. takdirkan kekuatan itu untukku.. agar bisa diri ini terus melangkah...
andai setiap detik
boleh ku putar kembali..andai semuanya tidak berlaku..
andai diri ini tidak pernah di pinggirkan..aku pasti dan teramat pasti.. semua ini..
mustahil akan berlaku.. namun itu dan ini takdirku..
aku redo ya tuhan.. kerana ini diriku.. aku tetap menjadi diriku..
kerana aku tahu..
TUHAN MASIH MENCINTAIKU..
Isnin, 31 Januari 2011
Selasa, 25 Januari 2011
~Aku yakin..ini Jalanku..kepadaMu~
Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa
Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini
Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa
Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa
Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini
Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa
Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.
Ahad, 9 Januari 2011
~belajar dari HELANG~
Boleh ke saya ni abang? Susah lah. Orang lain memang la boleh, mereka semua ada asas Arab. Saya ni tidak ada asas, sebab tu la saya gagal kot!"
Begitulah luah seorang pelajar sebulan sebelum menduduki SPM tempoh hari. Soalannya kepada saya, sempat ke dalam masa sebulan ni nak tukar dari gagal kepada A?
Helang Sangkakan Dirinya Ayam
Seorang petani yang sedang mencari herba di atas bukit terpandang sarang burung. Tiada ibu, tapi ada beberapa biji telur di dalamnya. Si petani tahu itu adalah telur si helang. Fikirnya kalau diambil sebiji telur tentu tak mengapa. Sampai di rumah, si petani tadi meletakkan telur helang tersebut bersama telur ayam, dan dieram oleh ibu ayam.
Dua hari kemudian, ibu ayam berkokok keriangan, kerana semua anak-anaknya sudah menetas- termasuk anak helang tadi!
Anak helang itu dibesarkan oleh ibunya (ibu ayam) seperti abang-abang dan kakak-kakaknya yang lain. Ia makan apa yang mereka makan, minum apa yang mereka minum, buat apa yang mereka buat, hatta mengikut ke mana sahaja ibu dan abang kakaknya pergi. Pendek kata, si helang dibesarkan sebagai seekor ayam. Malah si helang ini tidak pandai terbang.
Dan si helang penuh percaya bahawa dirinya adalah seekor ayam, walau berbeza dengan ibu, abang dan kakaknya.
Lama selepas itu, si helang ini telah tua- sedang semua ibu, abang dan kakaknya dijual oleh tuannya, si helang masih di situ. Sedang si helang ini mematuk makanan bersama ayam lain, si helang terpandang ke langit, dan terlihat seekor burung yang sedang terbang megah. Lalu tanya si helang ini pada ayam, "siapa itu? Aku kagum melihatnya, begitu hebat menyusur di udara".
Lalu balas si ayam, "itulah Sang Helang, raja segala burung. Bukan seperti kita, burung yang mematuk di bumi!"
Si helang tua mengangguk, dan kembali mematuk tanah, mencari makanan...sehingga akhir hayatnya.
Bina Kepercayaan Hari Ini
"Apa yang awak ada sekarang, atau apa yang pernah awak ada dulu bukan penentu mutlak siapa awak esok hari. Tapi baik abang, atau awak sendiri, kita sama-sama yakin, apa yang awak percaya, itulah yang awak akan jadi!"
Kita sudah tentu tidak mahu menjadi seperti si helang tadi yang membesar, menjadi tua, mematuk tanah, malah mati 'sebagai ayam', sedang kita punya sepasang sayap besar yang membolehkan kita terbang menyusur angkasa mencari makanan di merata tempat, dan akhirnya mati dengan bangga sebagai raja burung!
- Artikel iluvislam.com
Langgan:
Catatan (Atom)
PESANAN TOK SEPANJANG MASA
DON'T YOU DARE TO TROUBLE THE TROUBLE IF YOU DON'T WANT THE TROUBLE TO TROUBLE YOU !!!