Ahad, 2 Mei 2010

musAfIr kHilAf



Sekadar singgahan sebentar,
Di dunia indah
Untuk menatap ciptaan pencipta
Bagi merasai kekerdilan diri..
Aku juga,
Musafir seperti kamu..
Tidak bisa menahan takdir
Suka mahupun duka..
Yang telah aku lalui..
Bagi ujian hati..
Aku tahu khilaf diri..
Yang membutakan hati insani..
Kadang tak terfikir ..
Apakah itu ujian IMAN..
Atau sekadar gurauan TUHAN..
Kukembali pada fitrah diri..
Dicintai atau mencintai..
Pada yang dicipta atau Sang Pencipta
Tanpa ku sedari..diri ini
Melakukan kesilapan lagi..
Bukankah pernah dikatakan..bagi
Yang cerdik itu pesanan kepadanya
Sekali Cuma..
Ku kembali kepada fitrah sebenar..
Belajar untuk mencintai Tuhan..
Kerana ku tahu.cinta padanya berbalas Syurga..
Segala khilaf lalu..ku jadikan..
Pengajaran dan muasabah pada diri..
Bagi menjamin hadapku nanti..
Sentiasa dalam cinta Tuhan..
Segala yang ku lalui..ku redha.
Moga generasi ku  nanti
Bakal menjadi biah solehah..
Mewujudkan Halaqah  Cinta..
Yang menjadi idaman semua..
Sesama insan itu bersaudara..
Alangkah indah jika dia juga menjadi jiran di dalam
Al jannah..
Setiap insan itu tidak sempurna..
Dan setiap hari adalah hari baru untuk kita..
Pastikan lakukan yang terbaik…
Biar pun kegagalan pada akhirnya..
Ingatlah..bahawa
“Tuhan tidak pernah menghampakan hambanya ”
Janji Tuhan itu pasti..                   

PESANAN TOK SEPANJANG MASA


DON'T YOU DARE TO TROUBLE THE TROUBLE IF YOU DON'T WANT THE TROUBLE TO TROUBLE YOU !!!