Sabtu, 15 Mei 2010

MUhaSabAh..@ MuhaBaSAh..???




1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

3. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

4. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

++SEMPURNA..^_^ ++

"Kadang-kadang mata salah melihat.....
Telinga salah mendengar......
Akal salah mentafsir...
Hati salah menilai....Manusia tidakkan sempurna..
Sehigga kita sempurnakan manusia yang lain..."

Isnin, 10 Mei 2010

FRIEND IS EVERYTHING

"PEWARIS KECEMERLANGAN"  lagunya penuh dengan kenangan.Dan dengan kenangan itu,persahabatan antara kami wujud...

  • ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya
  • ingatan untuk mereka yang pernah bersama malalui setiap detik masa berlalu dengan saya
  • ingatan untuk lagu-lagu yang pernah kami dendangkan bersama
  • ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dalam hidup saya
Mungkin lagunya penuh semangat...
mungkin kenangan ini terlalu melukakan...
namun memori yang wujud dalam hati ini...
yang datang bersama lagu ini..tiada sejarah dengan air mata...

Selasa, 4 Mei 2010

CoRetAn SanG pENdetA

 Salam rindu bersulam mesra buat semua sahabat yang pernah mengenali diri ini, terutamanya sahabat dari MMY yang mana sudah sekian lama kita berjuang bersama namun hari esok kita bakal mengambil haluan masing2..Buat Nusaibah,Syakirah,Hidayah ,Maryam dan Maizatul..teruskan perjuangan kalian dalam memburu impian kalian untuk bertapak di bumi Anbiya'..Buat Hani, Asmaa,Syamimi selamat berjuang di bumi UIA..selamat mulakan hidup baru..Buat Ainun, jaga diri ..kerana anti sahajalah wakil 7th gen di Darul Quran..Buat Yusra,Syarieza ,Ummi..teruskan perjuangan kaian,,pilihlah yang terbaik dalam hidup kalian..Buat  Syafiqah,Izza,Fathiah,dan Ana sendiri..selamat menempuhi hidup baru di UM..semoga kita semua mendapat keberkatan daripada-Nya..buat PUTERA 7th gen, walau apa pun yang kalian pilih sebagai halatuju kalian,  lakukannya dengan terbaik, walau apa pun badai yang melanda,teguhkan tekad...
Buat ayahanda dan bonda yang pernah mengajar serta mendidik kami sejak kami kecil sehinggalah sekarang, ribuan terima kasih kami ucapkan..jasa kalian tidak akan kami lupakan sepanjang hayat kami..kalian telah mengajar kami erki kasih yang sebenar..erti jatuh dan bangun..sujud terakhir kami..penuh dengan doa untuk kalian..terima kasih kami ucapkan..semoga tuhan merahmati kalian dan semoga Al-Jannah menjadi tempat kalian di negeri ABADI..insya'allah..
Semoga segala kenangan yang parnah kita lalui bersama menjadi memori terindah dalam hidup, serta memberi inspirasi yang mendalam demi meneruskan hidup di bumi Allah ini..
Tak pernah  ku lupakan setiap detik kita bersama..semoga Allah panjangkan persahabatan kita ini hingga ke Al-Jannah..amin ya rabbal alamin...
"Allah humma faqihna fiddin wa alimna takwil"

Ahad, 2 Mei 2010

CerMin dIrI seNdiRi

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Jika ada seseorang berkata: "
Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim
"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".
"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun
jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.
Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita               rahmat, taufiq dan hidayah.

musAfIr kHilAf



Sekadar singgahan sebentar,
Di dunia indah
Untuk menatap ciptaan pencipta
Bagi merasai kekerdilan diri..
Aku juga,
Musafir seperti kamu..
Tidak bisa menahan takdir
Suka mahupun duka..
Yang telah aku lalui..
Bagi ujian hati..
Aku tahu khilaf diri..
Yang membutakan hati insani..
Kadang tak terfikir ..
Apakah itu ujian IMAN..
Atau sekadar gurauan TUHAN..
Kukembali pada fitrah diri..
Dicintai atau mencintai..
Pada yang dicipta atau Sang Pencipta
Tanpa ku sedari..diri ini
Melakukan kesilapan lagi..
Bukankah pernah dikatakan..bagi
Yang cerdik itu pesanan kepadanya
Sekali Cuma..
Ku kembali kepada fitrah sebenar..
Belajar untuk mencintai Tuhan..
Kerana ku tahu.cinta padanya berbalas Syurga..
Segala khilaf lalu..ku jadikan..
Pengajaran dan muasabah pada diri..
Bagi menjamin hadapku nanti..
Sentiasa dalam cinta Tuhan..
Segala yang ku lalui..ku redha.
Moga generasi ku  nanti
Bakal menjadi biah solehah..
Mewujudkan Halaqah  Cinta..
Yang menjadi idaman semua..
Sesama insan itu bersaudara..
Alangkah indah jika dia juga menjadi jiran di dalam
Al jannah..
Setiap insan itu tidak sempurna..
Dan setiap hari adalah hari baru untuk kita..
Pastikan lakukan yang terbaik…
Biar pun kegagalan pada akhirnya..
Ingatlah..bahawa
“Tuhan tidak pernah menghampakan hambanya ”
Janji Tuhan itu pasti..                   

PESANAN TOK SEPANJANG MASA


DON'T YOU DARE TO TROUBLE THE TROUBLE IF YOU DON'T WANT THE TROUBLE TO TROUBLE YOU !!!