Ahad, 1 Mac 2015

5 YEARS AT UM


"they could be the one that mess me up"

5tahun, study di UM..
Aku andaikan keadaan dan situasi bakal berubah. Orang kata " biar masa menentukan sealanya".
Tapi mungkin orang terlupa yang masa sebenarnya munkin tidak akan menikut kehendak kita ..kan?
Setahun setengah yang pertama, di UM hidup aku bahagia..
Pergi mana semua oran akan sapa, tegur, menaku denan jelas bahawa aku kawan baik mereka.
Sehinggalah pada tiga bulan terakhir sebelum aku menamatkan pengajian Asasi di UM, aku DILAMAR. Well aku terima kerana Dia serious. Tapi mereka, terus menyisih aku, seakan aku ini najis yang tidak boleh lansung disentuh. Well, kerana pasangan aku bukan setaraf dengan situasi aku pada masa itu. "JODOH ITU RAHSIA ALLAH", adakah mereka lupa frasa tersebut?

FIRST YEAR DEGREE @ UM
Aku menerima kawan baru, namun kawan yang lama tetap menyisihkan aku. Aku , nama aku, black list utk apa2 jawatan di dalam persatuan. Sebab? " Aku pilih pasangan yang aku yakin Allah hantar dia kepada aku". Pelik, manusia di sekeliling aku ini pelik. Mereka tidak cuba untuk memahami pilihan aku, kerana apa? Kerana lelaki itu bukan "kaki surau". Aku tidak meletakkan "kaki surau" di dalam list of qualification utk jadi pasangan aku. Aku cuma letakkan syarat, "buat baik untuk Allah dan bukan untuk dipandang manusia". Cukup simple. Tapi sekaran aku masih tidak difahami.
Tahun ini, aku kehilangan kawan baik, kerana dia juga sisihkan aku disebabkan pasangan aku. Ntah, pelik dan celaru beserta keliru. Kami bukan merpati dua sejoli, dan perlakuan kami bukan seperti belangkas. Bayangkan daripada kawan baik menjadi pasangan. Perlakuan kami still macam kawan baik. Tahun 1 aku berlalu agak pahit.

SECOND YEAR @ UM
Tahun dua, aku cuba survive sorang2 di kolej kediaman. Aku buka hati untuk menerima orang baru sebagai roomates. Well, aku dianugerahkan roomates yang terbaik yang aku pernah ada selain pada waktu Asasi dahulu. Yati n Dila. Dyorg mungkin tidak sebaya, tapi jiwa kami sekata. Alhamdulillah aku dapat kawan yang terbaik. Kehidupan aku di kuliah seperti biasa. Yang mana ignore kan aku, aku tidak ambil kisah langsung. Yang pasti aku bahagia. Aku selesa . Pandanan orang ramai mungkin mengubah persepsi pensyarah terhadap aku, tapi aku tahun, kalau aku ada buat salah aku patut rasa bersalah dan malu kepada pensyarah, tetapi tidak. Aku tidak rasa sebegitu kerana tiada kesalahan yang aku lakukan sepertimana yang dibawa cerita oleh mulut-mulut yang tidak bertanggungjawab yang kononnya persatuan paling alim di UM. "Cukup lah kalian bersandiwara, cukuplah kalian membawa cerita. Aku tidak akan jatuh, kerana aku sentiasa bahagia dengan kejujuran".

FINAL YEAR @ UM
Tahun yang aku mula untuk mengenali diri aku. Roomate? Roomate aku bertukar lagi, part yang paling sedih sebab roomate sekarang x best. Pembelajaran aku? Yup macam yang aku gtwu sebentar tadi di atas, aku dipandang serong oleh pensyarah. Sakit hati? Taklah, aku buat benda yang betul. Pasangan aku? Dia semakin berkarisma. Dia satu-satunya kawan baik yang aku ada selama ini. Dia sebagai pasangan? Dia seoran lelaki yang baik. Sangat baik, terkadang sehingga aku berdoa agar Allah kurniakan dia pasanan yang terbaik dan bukan aku. Aku tak baik? Taklah, sebab dia terlalu baik untuk aku. Kehidup aku dari sehari ke sehari semakin sunyi. Semakin sakit. Mungkin side effect daripada ubat yang aku ambik sebagai pain killer untuk semua rasa sakit yang aku rasa sebelum ini. Aku takut ke hospital, dan pain killer sebagai penyelamatnya. Mungkin pengambilan pain killer selama tiga tahun dahulu sudah menunjukkan kesan. Coursemate? Aku kenal dyorg. Antara manusia yang tidak akan tinggalkan aku disebabkan note exam di penghujung semester nanti. Mereka antara yang mengambil kesempatan keatas aku. Curi note exam? Dah ramai, tapi aku hanya mampu tersenyum dan diam. Bialah, aku berkongsi. Mereka antara manusia yang buang aku dan sisihkan aku apabila aku tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk mereka dan mengangkat aku apabila kepentingan mereka itu wujud dan ada pada aku. Opps terlupa pula, aku dapat tawaran exchange student 2 kali di Korea, tapi aku tolak. Sebab? Sebab mak kata, family xde duit untuk tanggung pengajian aku di sana, tambahan pula kakak aku kawin dan adik-adik aku semua masuk universiti tahun nie. So total yang masih dalam pengajian di universiti adalah 4 orang. Mak kata nanti bila dah kerja, dah kahwin ajak suami pergi bercuti di Korea. Aku dengan lemah menangguk. Kata-kata mak mungkin ada hikmahnya, bukan sekaran tetapi nanti. :D

Itulah sedikit sebanyak menenai aku, aku  cuma mengakui.."HIDUP INI PELIK, HIDUP INI ASING, NAMUN CUBA UNTUK TERUS MELANGKAH MERUPAKAN LANGKAH TERBAIK"

p/s : pasangan aku? dia sedan belajar untuk menjadi suami dan bapa yang terbaik. Alhamdulillah.


Ahad, 24 November 2013

My Mr AY





16 Disember 2011
12.04 pg
Aku dilamar dengan sendirinya
Dia..
Mr AY, melamar aku tanpa ragu..
Meskipun kami sebelum itu sekadar kawan biasa..
Gaduh,pukul itu kelaziman kami
Bila lamaran itu datang..
Aku terpaku seketika...
Jawapan aku masih ditengah-tengah..
Antara YA atau TIDAK
Kenapa???!!!

Detik hati tidak dapat ku sangkal..
Dia lelaki yang baik
Jujur dengan diri sendiri
Memikat aku bukan dengan kata-kata
Tp layanan dia terhadap keluarganya
Dia...buatkan hati ini jatuh cinta
Dengan gaya slumbernya
Menegur dan melayan aku sebagai kawan..
Menjadi diri sendiri tanpa perlu control macho dihadapan aku

Dia, aku terpikat dengan kerenahnya
Tidak sama seperti lelaki lain..
Dia terus jujur menjadi diri sendiri
Kebaikan itu no 1
Meskipun kadang kala aku terasa dipinggirkan..
Namun dia tidak membiarkan aku terus tenggelam dalam rasa itu
Dia ..terus bersabar dengan kerenah aku..
Dia...dan dia..dan selamanya dia
Akan terus aku pastikan 
Dia tetap disisiku..
Meskipun aku tidak sempurna
Seperti dia juga
Harapku moga kami melengkapi
Hati ini sering berdetik..
Agar aku terus melihatnya dengan pandangan kasih sayang
Agar aku tidak takuT..
Untuk jatuh cinta kepada dia
Buat kali ke seterusnya..
MY MR AY.

ezr@_!m

WANITA




Bicara ini penuh rasa..
keliru,serabut,duka,gembira,cinta
Perasaan wanita selalu berubah..
Ya, sekarang aku seorang wanita..
baru sahaja menjejakkan kaki ke status ini..
Aku wanita yang 21 hari cuma,
Namun berbagai rasa yang aku rasai.

Aku punya orang tersayang,
Aku dulu tidak pernah ketahui apa itu cinta lelaki dan perempuan,
Sehingga aku menjejakkan kaki ke alam Universiti
Dia insan pertama yang mengenalkan aku dengan CINTA,SUKA..
Fikiranku mengatakan bahagianya rasa ini
Namun genap setahun dia meninggalkan aku,
Sehingga sekarang walau sering aku ketemu dia,
Tidak pernah mulutku berasa ringan untuk bertanyakan,
"Apa kurangnya aku sehingga aku ditinggalkan"

Seterusnya..Allah ketemukan aku dengan teman baikku sendiri
Baru sahaja aku mengenalinya
Namun Allah menarik hatiku untuk meminatinya
Aku sekarang menyayangi
Dan aku tahu aku disayangi
Jika ditanyakan sebab..aku tiada untuk jawapan itu
Kerana aku menyayangi...tanpa perlu ada halangan antara itu.
Aku sedari, kadang perasaan ini sering berbolak balik,
Terlintas dihatiku untuk terus menjadi yang halal
Namun aku ragu adakah aku bersedia,
Adakah psikologi aku bersedia untuk berkongsi,mendalami,berjimat,bersabar dan sebagainya.
Lalu aku menangguhkan hubungan ini untuk 5 tahun akan datang
Dia tetap disisiku sebagai teman karib
Panggilan manja? Tidak seringkali kami gunakan..
Kerana bagi kami itu cuma mungkin mengganggu perasaan.

Aku wanita,
Aku juga pernah merasa seksa keserabutan hidup,
Aku bukan seperti rakan yang lain,
Aktivitiku terbatas, 
Aku cuma mahu mengembara
Mungkin kerana sifat keluargaku yang tidak suka mengembara
Mmembuatkan aku dan keinginan ini terus membara
Kadang aku terlupa
Aku menolak semua yang menghampiri untuk menghalang keinginan ini
Namun, semua itu masih disisi
Terasa saat itu seperti mahu meniggalkan segalanya
Tekanan yang dialami membuatkan aku
Melakukan yang gila teramat
Tuhan ampuni aku

Aku ...mereka juga wanita
Prinsipku, bencikan lelaki yang memijak kami
Kami dijadikan untuk disisi
Bukan dibawah tapak kaki.
Buat wanita ...
Teguh prinsip bukan bermaksud nerd
Namun itu sebagai benteng..
Pelbagai rasa yang datang
Semua itu ujian Tuhan
Ada DIA segalanya selamat.
Maka..
BERHARAPLAH..
Mohon semuanya sempurna...                                                                ezr@_!m

Ahad, 23 Jun 2013


DARI HATI ....UNTUK HATI




...saya dalam gelap...
...dan salah siapa kalau saya tak nampak..
...kenapa orang sekeliling hanya pandai bising...
...tapi tak pandai menghulur tangan...

Judge manusia,masa lampau..
Itu salah satu tabiat manusia yang amat memalukan terutamanya seorang MUSLIM!
Agama tidak pernah mengajar sebegitu..
sains ..muzik..hiburan..alat muzik..
Agama tidak pernah menolak semua itu..
Cara masih sama namuntapisan yang berbeza..
Kenapa pendekkan akal..
..sempitkan pemikiran..
Untuk sesuatu kemuliaan yang kita sendiri ukur...
Jangan pernah menilai masa lampau seseorang
Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya itu masa depan kita..

Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang..
jika kita tidak pernah sinsing lengan untuk membetulkan dan membantu..
jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut,
jika tidak pernah cuba menarik mereka yang lemas dan tenggelam..
apatah lagi nak mengajarkan berenang dan meminjamkan pelampung..

Setiap orang mempunyai sejarah silam..
Setiap orang sedang menghadapi apa yang dihadapnya..
dan setiap orang punyai masa depan yang tersendiri..

Kawan ..biar berseorangan dari punyai kawan yang menipu
Biar mempunyai seorang kawan setia..
Dari mempunyai seribu kawan yang hipokrit dan bodoh sombong
Ikut kata hati..bimbingan Illahi..
Moga terkota apa yang di Janji.

~ANTHEM~


Ahad, 31 Mac 2013

khabarkan





Ramai yang kata hidup ini indah. setiap orang akan melalui detik yang sama cuma masa 
sahaja yang berlainan. Mana mungkin..? sedar atau tidak perbezaan antara satu sama lain..? mungkin proses hidup itu sama, lantas perubahan antara kita berbeza..
jalan hidup dikatakan punya 2..tidakkah kita sedar, jalan hidup itu bercabang banyak..?
keputusan berada ditangan.
ckupkah keputusan cuma ditangan kanan dan kiri..? tanya diri, tanya hakikat diri.
jika mempunyai pasangan...
khabarkan kepada dia, setiap hak dan langkah yang bakal diri kita aturkan.
khabarkan kepada dia supaya menjadi yang terbaik untuk diri sendiri .
khabarkan juga kepada dia,agar selalu memilih yang terbaik.

khabarkan juga kepada dia..agar pergi jika terasa diri ini satu bebanan..

PESANAN TOK SEPANJANG MASA


DON'T YOU DARE TO TROUBLE THE TROUBLE IF YOU DON'T WANT THE TROUBLE TO TROUBLE YOU !!!