Sabtu, 23 Oktober 2010
~TIPS2 SIHAT~
NAIK TANGGA PANJANGKAN USIA
Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumumpulan pakar dari Eropah mendapati mereka yang mengamalkannya setiap hari mempunyai tahap kesihatan yang lebih berkualiti.Bukan itu sahaja,ukuran pinggang mereka menyusut sehingga 1.8%,lemak 1.7% dan LDL kolestrol 3.9%. Menerusi data yang dikumpul, pakar tersebut membuat kesimpulan seseorang itu mampu menurunkan kadar kematian sehimgga 15% disebabkan apa jua penyakit.
MELUKIS PANJANGKAN UMUR
Pilihlah hobi seperti melukis @ bermain alat muzik dan anda akan hidup lebih lama. Kajian yang dijalankan di Universiti Norwegian menyatakan aktiviti seperti melukis dan bermain alat muzik akan membantu anda mengurangkan stress dan memanjangkan hayat anda.
BERJABAT TANGAN PANJANGKAN USIA
Sekiranya anda bersalaman dengan erat,berjalan sambil mengunyah gula2 getah,mampu melompat akibat terkejut menonton kisah seram dan memenangi pertandingan sukaneka,jangka hayat anda pasti lebih panjang dan berkualiti.Kajian yang dilakukan oleh British Medical Journal mendapati orang-orang yang tidak mampu melakukan aktiviti seperti diatas dan tidak mampu menikmati hidupnya,mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi berbanding mereka yang melakukannya.
KURANG TIDUR BURUKKAN DIABETES
Berdasarkan penemuan yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Belanda.pesakit diabetes jenis dua perlu mendapatkan tidur yang sukup pada waktu malam. Mereka yang tidur hanya 4 jam sehari didapati berhadapan masalah sensitiviti insulin.
BERUS GIGI ELAK STROK
Penemuan pakar dari Universiti Cillege di London ,England mendapati mereka yangmemberus gigi sekali sehari berisiko 1.3 lebih mudah mengembangkan penyakit jantung manakala mereka yang memberus gigi kurang dari sehari sekali 1.7 kali ganda risiko mendapat serangan jantung ! Mereka yang kurang memberus gigi juga menunjukkan level inflamasi di mana faktor ini dipercayai meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.
JALAN LAJU ELAK MONOPAUS
Satu kajian terbaru di edisi terbaru Archives of Internal Medicine menunjukkan berjalan laju iaitu tiga batu sejam membantu wanita pramenopaus mengawal berat badan. Manakala berjalan kurang dari tiga batu sejam tidak memberi apa-apa kesan pada berat badan mereka.
~ sumber dari MAJALAH iSIHAT ( november 2010) ~
Isnin, 18 Oktober 2010
~BICARA PENDETA ~
Sekadar tulisan yang biasa cuma,
namun ku dedikasikan kepada mereka..
Yang bernama SAHABAT..sekadar perkongsian cuma,
Ku mulakan kalamku,
Bersama senyum sang suria..riang kicau si burung.
Titian awan mengukir ceria..
Ku dambakan persahabatan ini..ibarat angin bayu..
Menyapa mesra dalam sepi dan dalam terang..
Membawa terus hatiku kepada kalian..
Kulakar kan semua kenangan kita..
Pada langit cerita..
Ku bukukan segalanya dalam kalbu rasa..
Agar ia bisa mengingatkan kepadaku..
Masih ada yang menyayangi..
Jasad ini meskipun ku sendiri..
Tiada ku gambarkan perjalanan ini..
Bakal aku hadapinya..
Kerna bagiku, itu bukan kemampuanku..
Namun hadirnya kalian dalam lembaran ini
Lembaran yang baru dalam hidupku..
Mendamaikan segalanya..
Resah bertukar ceria..
Sedih bertukar gembira..
Terasa lapang di dada ini..
Segala resahku hilang di bawa angin..
Terima kasih buat kalian..
Hadir kalian membawa cahaya..menerangi semua
Tanpa mengira kau dan aku siapa..
Tuhan..
Andai hayat ku setakat ini sahaja..
Ku redha atas segalanya. kerana hadiah yang
Telah KAU berikan ini.....terlalu bermakna buatku
Buatmu angin lalu..
Bawalah salam ku bersamamu..
Agar dapat kau sampaikan kepada mereka..
Sahabat-sahabatku..
namun ku dedikasikan kepada mereka..
Yang bernama SAHABAT..sekadar perkongsian cuma,
Ku mulakan kalamku,
Bersama senyum sang suria..riang kicau si burung.
Titian awan mengukir ceria..
Ku dambakan persahabatan ini..ibarat angin bayu..
Menyapa mesra dalam sepi dan dalam terang..
Membawa terus hatiku kepada kalian..
Kulakar kan semua kenangan kita..
Pada langit cerita..
Ku bukukan segalanya dalam kalbu rasa..
Agar ia bisa mengingatkan kepadaku..
Masih ada yang menyayangi..
Jasad ini meskipun ku sendiri..
Tiada ku gambarkan perjalanan ini..
Bakal aku hadapinya..
Kerna bagiku, itu bukan kemampuanku..
Namun hadirnya kalian dalam lembaran ini
Lembaran yang baru dalam hidupku..
Mendamaikan segalanya..
Resah bertukar ceria..
Sedih bertukar gembira..
Terasa lapang di dada ini..
Segala resahku hilang di bawa angin..
Terima kasih buat kalian..
Hadir kalian membawa cahaya..menerangi semua
Tanpa mengira kau dan aku siapa..
Tuhan..
Andai hayat ku setakat ini sahaja..
Ku redha atas segalanya. kerana hadiah yang
Telah KAU berikan ini.....terlalu bermakna buatku
Buatmu angin lalu..
Bawalah salam ku bersamamu..
Agar dapat kau sampaikan kepada mereka..
Sahabat-sahabatku..
KIAMAT PADA 2013 ???
Pada 20 September 2010, para saintis di United Kingdom (UK) memberi amaran bahawa satu letusan besar daripada matahari akan berlaku pada tahun 2013.
Letusan ini boleh menyebabkan satu bencana global yang akan menyebabkan krisis makanan, terputusnya bekalan elektik serta jaringan internet dan lain-lain lagi.
Menurut akhbar The Sun UK, malapetaka tersebut sangat dahsyat sehinggakan Setiusaha Pertahanan UK Dr. Liam Fox mengadakan persidangan tergempar di London untuk membincangkan strategi berhadapan dengan ancaman tersebut.
Amaran saintis ini mengingatkan kita akan filem Hollywood yang ditayangkan di pawagam pada tahun lalu - 2012. Adakah apa yang digambarkan dalam filem itu akan benar-benar menjadi realiti?
Pastinya, kebanyakan daripada kita akan merasa risau akan apa yang bakal berlaku dua atau tiga tahun lagi. Lalu, perbagai strategi dan persiapan dilakukan untuk menghadapinya.
Namun sedarkah kita bahawa kematian boleh berlaku bila-bila masa sahaja? Adakah kita risau akan detik pengakhiran kita di muka bumi? Adakah kita benar-benar menyusun strategi dan persiapan untuk mati?
Ahad, 17 Oktober 2010
MAJMUAH 4 AT PANTAI
MAJMUAH 4 PG PICNIC !!!!
Tanpa disangka-sangka..rehlah yang di rancang jadi juga..Ingatkan tak jadi dah..Memang best sangat2.tak tawu nak kata pe. coz pg rehlah, sehari selepas EXAM .. Kre time tengah merdeka la..
Walaupun sume tak pegi, tapi memang best sangat..banyak memori yang sempat ana rakamkan.. Pantai Tok Kederat, KANDIS..
Seramai 14 orang ( 7 laki 7 prmpuan ) je yang pergi..2hari 1 malam..tdo chalet..
Aktiviti yang di buat tak banyak sangat..just bbq n main pantai ( main hujan pown termasuk jugak taw )..
BBQ wat mlm 2..segala makanan di masak sendiri.. semua budak perempuan yang buat. except bbq lar.. ( dah memang 2 bidang tugas bdk laki)..Kami yang budak perempuan nie..time masak, sume pakat tunjuk kepakaran masing2 dalam pelbagai aspek..potong2, bersihkan ayam, kacau bihun, hias menghias..yang kacau orang pun ada.. boleh kata sume pakat tunjukkan kepakaran masing2..
Menu : Ayam Bakar..Bihun Goreng, sosej, fries,air mangga, keropok n segala macam yang sewaktu dengannya..
~ makan ..makan..~ |
Set hidangan yg x serba lengkap |
Jamuan waktu malam..lepas jamuan sume terbaring kekenyangan, pakat sume lompat atas katil.. memang bising.. bayangkan 7 orang sekali naik atas katil queen 2... Wooh.. memang best + bising + happy sesangat..
Pas2 wat sesi tayangan drama "SYURGA CINTA "..sume khusyuk je tgk..abes syurga cinta, tgk " KETIKA CINTA BERTASBIH " pulak..tup..tup.. sume pakat tido..berselerak.. sume pakat tunggang terbalik.. Ade yang tido atas katil, ade yang tido dekat depan laptop, ade yang tido kat atas karpet.. tapi tak de lar yang tido atas orang.. Bangun2 pagi esok 2..sume senyum je..Coz gembira sangat2..Dengan tengok cara tido 2 dah lawak dah.. haih.. kenangan..
KHAMIS-7 OKT 2010
Suasana pagi yang mendung, dengan langit yang agak suram, namun tetap ceria dengan keceriaan kami..meskipun mentari takala itu menyembunyikan dirinya dibalik awan yang mendung..Namun semangat kami untuk bermain di tepi pantai tetap MEMBARA.. Tak kira, hujan ke..tak hujan ke..nak redah juga.. begitulah sedikit sebanyak slogan kami..he..he..
Tapi pagi yang suram 2, kami ceriakan dengan gelak tawa kami.. tetap juga pergi ke pantai .. coz memang dah bertekad sebelum tido lagi, nak main kat pantai.. Sume pakat pergi..Sebelum nak sampai kat pantai 2..kena redah sungai dulu..tapi kalau tak nak redah boleh je..ada titi. ( entah siape yang letak, batang kayu je ) Macam2 gelagat ada time meniti kayu 2..
~ hulurkan tangan ringankan beban..he..he.. ~ |
Sesudah meniti batang kayu yang ala2 nak reput n ala2 berusia hampir 100 tahun 2..sampailah kami di pantai, hatta.. sesampainya kami di
Banyak sangat ragam.. ada yang bernasyid.. tengah main kat pantai 2, tetibe nampak ada budak laki datang..jeng..jeng..jeng..
Kmi pun dengan segera mengubah port yang sedia ada ke port yang lebih selamat + aman + tenteram dari gangguan sesiapa.. Tetiba di port yang baru..ternampak satu sampan, dengan bendera negeri Kelantan terpacak dengan megahnya..tada... lalu terus jurukamera kami menjalankan tugasnya dengan cekap dan berdedikasi... hasilnya...
~gaya pahlawan melaka yg bru jumpe sampan ~ |
~tgk pe 2 ??~ |
Nie tetibe muncul sorang pak cik nie..dengan boat dan anak nye..lalu kami dengan segera mengambil tempat.. ber "posing"..nasib baek pak sik 2 senyum je..he..he..nak ikut pak cik tu naik boat, tapi pak cik tak bagi, tapi tak pe..asal dapat tangkap gambar dah..kan..
~ peace...^_^ ~ |
~ nie lar pal cik tu ~ |
Jom tengok kami main pulak..macam -macam permainan ada..lumba lari, banyak kategori juga lumba lari nie, antaranya lumba lari dalam air, lumba lari di gigi air pas tu main bola tampar pantai..memang best..sampai bengkak tangan ( ada ke patot ?? ) main bola sepak air ( ada ke ?? , aci redah dah lar..) main air tu memang comfirm lar..main ombak.. melukis..dan macam-macam lagi..dengan keadaan sekeliling hujan..nasib baik hujan tak lebat sangat, tapi dah enjoy punya pasal..aci redah je.. nak takut pe..
~ he..hih..hu..~ |
~ sambut jgn tak sambut ~ |
~ sepak jangan tak sepak ~ |
~ rebut jgn tak rebut...~ |
~ lukisan yang tak seberapa indah ~ |
Ada macam-macam lagi ragam yang dapat dilihat.. walaupun jurukamera hanya satu, namun kepakarannya dapat mengambil gambar lebih daripada 100 gambar.. haih, dah nama pun nak enjoy..banyak lar bergambar.. tambah2 orang perempuan ( tak nafikan ..) aih.. orang laki pun same je.. apa-apa pun, tengok je lar gelagat budak-budak yang tak cukup umur dan yang terlebih lanjut dari usia kat bawah nie.
~ 6 sekawan ~ |
~ team bola sepak ~ |
~ kumpulan nasyyiiddd~ |
~ sweet gurls~ |
~ happy together~ |
~ gotca!!!~ |
~ best friend forever ~ |
~ budak laki....~ |
~ aLfatihah...~ |
Setelah semua penat bermain, lalu masing-masing pulang ke kediaman..untuk mengemas segala benda yang tahpepetah... bersiap untuk pulang tapi..he..he.. sempat lagi untuk ber "posing" untuk kali terakhir..
~ santai ~ |
~ posing terakhir~ |
Setakat ini saja dari ana..dah banyak sangat yang ana cerita,,ampun dan maaf dipinta andai bahasa kurang terjaga.. Terakhir dari ana..dalam episod ini.. THANKS TUK BUDAK2 MAJMUAH 4 SEMESTER 1 APIUM .thanks tok memori terindah ini..
~ majmuah 4 semester 1~ |
Langgan:
Catatan (Atom)
PESANAN TOK SEPANJANG MASA
DON'T YOU DARE TO TROUBLE THE TROUBLE IF YOU DON'T WANT THE TROUBLE TO TROUBLE YOU !!!