Selasa, 16 November 2010

~ ODYSSEY SEGUMPAL HATI~

Coretan seorang penulis yang begitu luar biasa..sehingga aku begitu mengaguminya..
walaupun sebelum ini ..semua karyanya tidak pernah ku kenali..

"YA ALLAH..AKALKU TERHAD ILMUKU DANGKAL.."
satu buku yang begitu menarik perhatianku..
buku yang menggabungkan peristiwa2 yang berlaku dengan nama2 ALLAH.. sebagai bukti sifat2Nya..
Subhanallah..
Terkagum aku sebentar..pabila membacanya..
Buku itu telah membuka mataku..
mengenai betapa ESA nya ALLAH..
yang selama ini kita hanya tahu mengenai nama2 ALLAH..namun tidak pernah menyelidiki apakah maksud di sebaliknya..

Banyak kisah yang di ceritakan di sini..
ingin aku memetik satu kisah..yang begitu mengagumi aku..
yang begitu membuktikan bahawa ALLAH itu  AL-MANI'..
Kisahnya bermula begini..
      " Kisah ini berlaku di negara barat.Tersebut kisah seorang imam dan anaknya yang berusia 11 tahun. Setiap Jumaat menjelang tengahhari imam tersebut dan anaknya , menjadi kebiasaan mereka untuk menyebarkan risalah sebagai salah satu usaha menyampaikan hari kebesaran dan keagungan ALLAH. Pada suatu hari Jumaat, hujan turun dengan lebat. Si anak yang telah terbiasa dalam suasana didikan kerohanian dan agama seperti biasa tanpa menghiraukan cuaca di luar. Dia bersedia dengan baju hujan dan berkata " Ayah..jom. Saya dah sedia".
Si ayah bertanya. " Nak ke mana?" 
"Ayah..kan hari ini kita sama2 nak edarkan risalah?"
" Hujan lebat kat luar tu.."
Si anak agak terkejut dengan jawapan si ayah lalu  berkata..:
" Tapi..ayah, waktu hujan pun masih perlu sampaikan risalah mengenai Allah kan?"
" Ayah tak nak keluarlah hari ini.."
Si anak yang telah terbiasa dan bersemanbat mengedarkan risalah mengenai kebesaran Allah berkeras untuk keluar dan meminta izin. " Ayah..saya pergi seorang ya.. Boleh ya..ayah.."
Si ayah diam . Kebimbangan mengenai kesihatan  si anak membuatnya teragak-agak .Kesihatannya sendiri agak merosot akhir2 ini..Tidak ada salahnya si anak menjalankan misi risalah Jumaaat seorang diri. Semoga anak lelakinya akan menjadi penyambung perjuangannya..
Akhirnya, ayahnya memberi izin. " Pergilah, nak. Hati2 ya. Nanti demam pula. Nah, ini risalah untuk hari ini. "
" Terima kasih , ayah!! " Si anak menjerit riang dengan keizinan yang telah di berikan oleh ayahnya.

         Tubuh kecil berbalut baju hujan itu sesungguhnya membawa misi yang sangat besar.Keceriaan dan kebahagiaan terpancar di wajah si anak yang baru berusia 11 tahun itu. Dia memberikan risalah kepada sesiapa yang ditemuinya di jalanan. Dalam benaknya, risalah mengenai kebesaran dan keagungan Allah mesti di habiskan. Setiap yang menerima, jika dapat manfaat maka ada ganjaran pahala daripada Allah. Pesan ayah melekat teguh di hatinya.

        Selepas hampir 2 jam berlalu di tengah hujan dengan kesejukkan yang menggigit tulang, hanya tinggal 1 risalah di tangannya. Si anak berhenti di suatu sudut  jalan sambil mencari-cari kepada siapa dia hendak berikan risalah terakhir itu. Jalan lengang. Hatinya tergerak untuk menuju ke rumah pertama yang telah dilihatnya. Loceng ditekan. Tiada jawapan. Dia terus menunggu. Masih tiada jawapan. Akhirnya si anak berpaling untuk pergi ke rumah lain, tetapi semacam ada sesuatu yang mendorongnya bukan sahaja menekan loceng tetapi mengetuk pintu dengan sekuat hati sehingga tangannya berasa sakit.Cubaan terakhir, getus hatinya. Kali ini dia mendengar bunyi tapak kaki dari dalam rumah.

        Perlahan-lahan pintu di buka dari dalam. Seorang tua berwajah sedih berdiri di celah bukaan pintu di hadapan si anak. Dengan lemah, orang tua itu berkata " Ya nak..apa yang pakcik boleh bantu? " 
Wajah ceria dengan mata yang bersinar, si anak memberikan senyuman paling comel.
 " Maaf kalau saya mengganggu pak cik di tengah hujan begini. Saya hanya nak sampaikan risalah ini dan mengatakan ALLAH SANGAT MENYAYANGI PAKCIK. Ini risalah terakhir saya hari ini mengenai Allah dan sifat kasih sayang-Nya yang Maha Luas .Pakcik ambillah.."
Si anak tidak sempat mendengar lelaki tua itu berkata 
" Terima kasih , nak.."

            Kebiasaan si ayah, setiap Jumaat selepas selesai solat Jumaat dia duduk bersama jemaah masjid sambil berbincang @ menjawab persoalan2 yang ditanyakan oleh ahli jemaah masjidnya. " Ada sesiapa nak berkongsi apa2? " Si ayah membuka persoalan..
Dari baris belakang seorang tua yang tidak pernah dilihat oleh imam memulakan kisah nya. Wajahnya kelihatan cerah dan ceria.

      '" Mungkin tiada yang mengenali diri saya di sini. Memang saya tidak pernah datang ke sini. Hari Jumaat lepas, saya masih bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal dunia & meninggalkan saya keseorangan di dunia ini. Saya tidak memiliki sesiapa dalam hidup. Jumaat lepas, ketika hujan lebat & cuaca yang sangat dingin saya terasa semakin kosong dan keseorangan. Saya berputus asa untuk hidup..."
ntuk menendang kerusi itu dan menamatkan riwayat saya sendiri. Bunyi loceng mengganggu niat saya.Saya tunggu sekejap dan berfikir, sekejap lagi orang yang menekan loceng itu tentu akan pergi. Namun bunyi loceng itu tidak berhenti-henti..."
" Saya terfikir...siapalah manusia yang datang ni..sudah sekian lama tidak ada orang datang menjenguk saya. Saya melonggarkan ikatan tali di leher, turun dari kerusi dan menuju ke pintu. Bunyi loceng diselangi ketukan pintu berbunyi tidak berhenti-henti..."
" Apabila saya membuka pintu, saya rasa macam tidak percaya dengan apa yang sedang saya lihat. Seorang kanak2 comel sedang tersenyum penuh ceria dengan mata yang bersinar. Senyuman dan kata2nya menusuk jauh ke dalam hati saya. Saya tidak pernah mendengar kata2 seindah yang keluar dari mulut budak secomel itu.."

       "....ALLAH SANGAT MENYAYANGI PAKCIK. Ini risalah terakhir saya hari ini mengenai Allah dan sifat kasih sayangn-Nya yang Maha Luas. Pakcik ambillah..."
" Inilah risalah yang telah di berikan oleh budak comel itu. Saya membacanya setelah anak itu pergi. Setiap perkataan dalam risalah itu menyentuh hati saya. Saya kembali ke kerusi dan tali gantung dan menyedari...saya masih ada sebab untuk terus hidup.."
" Sungguh sekarang saya tahu saya ada Allah yang sangat menyayangi saya. Alamat masjid ini tertulis dalam risalah ini. Saya datang untuk mengucapkan terima kasih kepada ' malaikat kecil ' yang telah menyelamatkan saya daripada penderitaan neraka yang lebih hebat daripada kesunyian dunia..."

         Semua yang hadir di masjid itu bergenang air mata keharuan. Laungan ALLAHU AKBAR bergema.Si ayah berdiri dan berjalan menuju ke arah anaknya yang digelar ' malaikat kecit ' oleh orang tua tersebut. Dia memeluk anaknya erat diiringi tangisan keharuan. Mereka bukan sahaja terikat dengan kasih sayang antara anak dan ayah..tetapi dengan ikatan Khalifah dan Hamba.

 Sesungguhnya si anak telah mendapai inspirasi daripada AL-MANI' ( Maha mencegah daripada kemudharatan). Allah meniupkan ilham kesungguhan untuk menyampaikan risalah sehingga orang tua ini untuk terus hidup dan mengenali Allah..
ALLAHU AKBAR...

Moga kisah di atas sedikit sebanyk dapat menambahkan kefahaman terhadap kekuasaan , keesaan dan keagungan Allah SWT. Sekadar disini sahaja..
Izinkan pendeta mengundur diri..
Wallahu a'lam.

Jumaat, 5 November 2010

USIA + MINDA = MATANG





Genap hari ini ..usiaku menjangkau 18 tahun 2 hari..
hairan kan, kenapa sudah 2 hari daripada tarikh ulang tahun kelahiran ku berlalu..
baru aku titipkan madah ini..
Kerana sesuai dengan title aku sebagai
anak ke 2 dalam keluarga..
menjadi kakak kepada 3 orang adik di bawahku..

Ok..title yang aku ehem..ehem.. ana bawakan nie..kebetulan dengan tarikh hari lahir ana n sahabat ana..

Berkaitan dengan usia..juga berkaitan dengan gambar di atas..
"Orang kata..
semakin bertambah usia..semakin banyak tanggungjawab..
ada juga yang kata,
semakin berat AMANAH yaNg dipikul.."

bukan semua orang yang suka dengan peningkatan usia sendiri..
bagi yang makin berumur..pepatah yang lazim dikatakan kepada 
mereka adalah..
" kubur dah kata mari, umah dah kata pergi"
bagi yang sedang meningkat remaja..
pertambahan usia adalah 
sesuatu yang menyeronOkkan..
kerna dapat merasai sendiri perubahan untuk menjadi matang..
bagi adik2 kecil kita..
keseronokkan itu makin berganda 
apabila usia mereka bertambah.. kerana..
dapat melakukan perkara yang dulu mereka tidak dapat
lakukan sendiri dan perlukan 
bantuan dari ibu bapa..namun sekarang dapat
melakukannya sendiri.

Namun..adakah kita selami..
hari-hari yang kita pernah lalui dulu..
apakah membawa 1000 erti untuk kita..??
bagaimana pula dengan amalan-amalan 
yang telah kita lakukan dahulu
apakah diterima atau ditolak??
fikir-fikirkanlah..

Kadang orang kata..berfikir itu
satu subjek yang menyusahkan..
ada yang juga berkata bahawa.berfikir itu membebankan..
namun kita sebagai umat ISLAM..
berfikir juga salah satu tanggungjawab kita..
berfikir untuk menjadi hamba yang lebih baek..
berfikir untuk menyelamatkan kaum kerabat yang terlalai..
berfikir untuk segalanya..
kerana umat yang berfikir 
adalah umat yang maju mindanya..
 dedikasi tugasnya..
disiplin dirinya..
akhir kalam..

memetik kata2 seorang pujangga..
" Niat berFIKIR 1 ibadah, amalan berFIKIR peribadi bermaruah
perkataan berFIKIR membawa tuah
rancangan berFIKIR hidupnya mewah..bijaksana berFIKIR martabatnya
bertambah..
sederhana berFIKIR kerjanya mudah
terlalu berFIKIR banyak masalah, tanpa
berFIKIR menyesal tak 
sudah "



SELAMAT ULANG TAHUN KEPADA SEMUA YANG LAHIR ..kat atas muka bumi nie..
especially tok Orang yang lahir pada bulan
NOVEMBER..^_^


Selasa, 2 November 2010

YOU GOTTA BE by Des'ree



Listen as your day unfolds
Challenge what the future holds
Try and keep your head up to the sky

Lovers, they may cause your tears
Go ahead release your fears
Stand up and be counted
Don't be ashamed to cry

You gotta be
You gotta be bad,you gotta be bold,
You gotta be wiser
You gotta be hard,you gotta be tough
You gotta be stronger
You gotta be cool,you gotta be calm
You gotta stay together
All I know,all I know , love will save the day

Herald what your mother said
Read the books your father read
Try to solve the puzzels in your own
Sweet time
Some may have more cash than you
Others take a different view
My oh my


You gotta be
You gotta be bad,you gotta be bold,
You gotta be wiser
You gotta be hard,you gotta be tough
You gotta be stronger
You gotta be cool,you gotta be calm
You gotta stay together
All I know,all I know , love will save the day


" Dedicated to my self..also to my friends "


Sabtu, 23 Oktober 2010

~TIPS2 SIHAT~


NAIK TANGGA PANJANGKAN USIA

        Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumumpulan pakar dari Eropah mendapati mereka yang mengamalkannya setiap hari mempunyai tahap kesihatan yang lebih berkualiti.Bukan itu sahaja,ukuran pinggang mereka menyusut sehingga 1.8%,lemak 1.7% dan LDL kolestrol 3.9%. Menerusi data yang dikumpul, pakar tersebut membuat kesimpulan seseorang itu mampu menurunkan kadar kematian sehimgga 15% disebabkan apa jua penyakit.


MELUKIS PANJANGKAN UMUR
       Pilihlah hobi seperti melukis @ bermain alat muzik dan anda akan hidup lebih lama. Kajian yang dijalankan di Universiti Norwegian menyatakan aktiviti seperti melukis dan bermain alat muzik akan membantu anda mengurangkan stress dan memanjangkan hayat anda.

BERJABAT TANGAN PANJANGKAN USIA
       Sekiranya anda bersalaman dengan erat,berjalan sambil mengunyah gula2 getah,mampu melompat akibat terkejut menonton kisah seram dan memenangi pertandingan sukaneka,jangka hayat anda pasti lebih panjang dan berkualiti.Kajian yang dilakukan oleh British Medical Journal mendapati orang-orang yang tidak mampu melakukan aktiviti seperti diatas dan tidak mampu menikmati hidupnya,mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi berbanding mereka yang melakukannya.


KURANG TIDUR BURUKKAN DIABETES
       Berdasarkan penemuan yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Belanda.pesakit diabetes jenis dua perlu mendapatkan tidur yang sukup pada waktu malam. Mereka yang tidur hanya 4 jam sehari didapati berhadapan masalah sensitiviti insulin.


BERUS GIGI ELAK STROK
       Penemuan pakar dari Universiti Cillege di London ,England mendapati mereka yangmemberus gigi sekali sehari berisiko 1.3 lebih mudah mengembangkan penyakit jantung manakala mereka yang memberus gigi kurang dari sehari sekali 1.7 kali ganda risiko mendapat serangan jantung ! Mereka yang kurang memberus gigi juga menunjukkan level inflamasi di mana faktor ini dipercayai meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.


JALAN LAJU ELAK MONOPAUS
      Satu kajian terbaru di edisi terbaru Archives of Internal Medicine menunjukkan berjalan laju iaitu tiga batu sejam membantu wanita pramenopaus mengawal berat badan. Manakala berjalan kurang dari tiga batu sejam tidak memberi apa-apa kesan pada berat badan mereka.


~ sumber dari MAJALAH iSIHAT ( november 2010) ~

Isnin, 18 Oktober 2010

~BICARA PENDETA ~

Sekadar tulisan yang biasa cuma,
 namun ku dedikasikan kepada mereka..
Yang bernama SAHABAT..sekadar perkongsian cuma,
Ku mulakan kalamku,
Bersama senyum sang suria..riang kicau si burung.
Titian awan mengukir ceria..
Ku dambakan persahabatan ini..ibarat angin bayu..
Menyapa mesra dalam sepi dan dalam terang..
Membawa terus hatiku kepada kalian..
Kulakar kan semua kenangan kita..
Pada langit cerita..
Ku bukukan segalanya dalam kalbu rasa..
Agar ia bisa mengingatkan kepadaku..
Masih ada yang menyayangi..
Jasad ini meskipun ku sendiri..
Tiada ku gambarkan perjalanan ini..
Bakal aku hadapinya..
Kerna bagiku, itu bukan kemampuanku..
Namun hadirnya kalian dalam lembaran ini
Lembaran yang baru dalam hidupku..
Mendamaikan segalanya..
Resah bertukar ceria..
Sedih bertukar gembira..
Terasa lapang di dada ini..
Segala resahku hilang di bawa angin..
 Terima kasih buat kalian..
Hadir kalian membawa cahaya..menerangi semua
Tanpa mengira kau dan aku siapa..
Tuhan..
Andai hayat ku setakat ini sahaja..
Ku redha atas segalanya. kerana hadiah yang
Telah KAU berikan ini.....terlalu bermakna buatku
Buatmu angin lalu..
 Bawalah salam ku bersamamu..
Agar dapat kau sampaikan kepada mereka..
Sahabat-sahabatku..

KIAMAT PADA 2013 ???

Pada 20 September 2010, para saintis di United Kingdom (UK) memberi amaran bahawa satu letusan besar daripada matahari akan berlaku pada tahun 2013.
Letusan ini boleh menyebabkan satu bencana global yang akan menyebabkan krisis makanan, terputusnya bekalan elektik serta jaringan internet dan lain-lain lagi.
Menurut akhbar The Sun UK, malapetaka tersebut sangat dahsyat sehinggakan Setiusaha Pertahanan UK Dr. Liam Fox mengadakan persidangan tergempar di London untuk membincangkan strategi berhadapan dengan ancaman tersebut.
Amaran saintis ini mengingatkan kita akan filem Hollywood yang ditayangkan di pawagam pada tahun lalu - 2012. Adakah apa yang digambarkan dalam filem itu akan benar-benar menjadi realiti?
Pastinya, kebanyakan daripada kita akan merasa risau akan apa yang bakal berlaku dua atau tiga tahun lagi. Lalu, perbagai strategi dan persiapan dilakukan untuk menghadapinya.
Namun sedarkah kita bahawa kematian boleh berlaku bila-bila masa sahaja? Adakah kita risau akan detik pengakhiran kita di muka bumi? Adakah kita benar-benar menyusun strategi dan persiapan untuk mati?

Ahad, 17 Oktober 2010

MAJMUAH 4 AT PANTAI

MAJMUAH 4 PG  PICNIC !!!!

RABU-6 OKT 2010
             Tanpa disangka-sangka..rehlah yang di rancang jadi juga..Ingatkan tak jadi dah..Memang best sangat2.tak tawu nak kata pe. coz pg rehlah, sehari selepas EXAM .. Kre time tengah merdeka la..
Walaupun sume tak pegi, tapi memang best sangat..banyak memori yang sempat ana rakamkan.. Pantai Tok Kederat, KANDIS..

              Seramai 14 orang ( 7 laki 7 prmpuan ) je yang pergi..2hari 1 malam..tdo chalet..
Aktiviti yang di buat tak banyak sangat..just bbq n main pantai  ( main hujan pown termasuk jugak taw )..
BBQ wat mlm 2..segala makanan di masak sendiri.. semua budak perempuan yang buat. except bbq lar.. ( dah memang 2 bidang tugas bdk laki)..Kami yang budak perempuan nie..time masak, sume pakat tunjuk kepakaran masing2 dalam pelbagai aspek..potong2, bersihkan ayam, kacau bihun, hias menghias..yang kacau orang pun ada.. boleh kata sume pakat tunjukkan kepakaran masing2..

Menu  : Ayam Bakar..Bihun Goreng, sosej, fries,air mangga, keropok n segala macam yang sewaktu dengannya..


~ makan ..makan..~

Set hidangan yg x serba lengkap




      Jamuan waktu malam..lepas jamuan sume terbaring kekenyangan, pakat sume lompat atas katil.. memang bising.. bayangkan 7 orang sekali naik atas katil queen 2... Wooh.. memang best + bising + happy  sesangat..
Pas2 wat sesi tayangan drama "SYURGA CINTA "..sume khusyuk je tgk..abes syurga cinta, tgk " KETIKA CINTA BERTASBIH " pulak..tup..tup.. sume pakat tido..berselerak.. sume pakat tunggang terbalik.. Ade yang tido atas katil, ade yang tido dekat depan laptop, ade yang tido kat atas karpet.. tapi tak de lar yang tido atas orang.. Bangun2 pagi esok 2..sume senyum je..Coz gembira sangat2..Dengan tengok cara tido 2 dah lawak dah.. haih.. kenangan..





KHAMIS-7 OKT 2010

         Suasana pagi yang mendung, dengan langit yang agak suram, namun tetap ceria dengan keceriaan kami..meskipun mentari takala itu menyembunyikan dirinya dibalik awan yang mendung..Namun semangat kami untuk bermain di tepi pantai tetap MEMBARA.. Tak kira, hujan ke..tak hujan ke..nak redah juga.. begitulah sedikit sebanyak slogan kami..he..he..

         Tapi pagi yang suram 2, kami ceriakan dengan gelak tawa kami.. tetap juga pergi ke pantai .. coz memang dah bertekad sebelum tido lagi, nak main kat pantai.. Sume pakat pergi..Sebelum nak sampai kat pantai 2..kena redah sungai dulu..tapi kalau tak nak redah boleh je..ada titi. ( entah siape yang letak, batang kayu je ) Macam2 gelagat ada time meniti kayu 2..



~ hulurkan tangan ringankan beban..he..he.. ~




         Sesudah meniti batang kayu yang ala2 nak reput n ala2 berusia hampir 100 tahun 2..sampailah kami di pantai, hatta.. sesampainya kami di sana bermulalah perangai yang ala2 budak yang tak cukup umur dan yang terlebih daripada usia.. ( HA??? biar betol !!).. Semua pakat ambil port masing2.. ada yang kutip cengkerang, ada yang berlari kat gigi air, ada yang main dengan ombak.. yang tangkap  gambar 2, jangan kata pe lar..tetibe je dy dapat mandat secara tak rasmi untuk menjadi juru kamera kami..


     Banyak sangat ragam.. ada yang bernasyid.. tengah main kat pantai 2, tetibe nampak ada budak laki datang..jeng..jeng..jeng..
Kmi pun dengan segera mengubah port yang sedia ada ke port yang lebih selamat + aman + tenteram dari gangguan sesiapa.. Tetiba di port yang baru..ternampak satu sampan, dengan bendera negeri Kelantan terpacak dengan megahnya..tada... lalu terus jurukamera kami menjalankan tugasnya dengan cekap dan berdedikasi... hasilnya...


~gaya pahlawan melaka yg bru jumpe sampan ~
~tgk pe 2 ??~

         Nie tetibe muncul sorang pak cik nie..dengan boat dan anak nye..lalu  kami dengan segera mengambil tempat.. ber "posing"..nasib baek pak sik 2 senyum je..he..he..nak ikut pak cik tu naik boat, tapi pak cik tak bagi, tapi tak pe..asal dapat tangkap gambar dah..kan..


~ peace...^_^ ~


~ nie  lar pal cik tu ~


          Jom tengok kami main pulak..macam -macam permainan ada..lumba lari, banyak kategori juga lumba lari nie, antaranya lumba lari dalam air, lumba lari di gigi air pas tu main bola tampar pantai..memang best..sampai bengkak tangan ( ada ke patot ??  ) main bola sepak air ( ada ke ?? , aci redah dah lar..) main air  tu memang comfirm lar..main ombak.. melukis..dan macam-macam lagi..dengan keadaan sekeliling hujan..nasib baik hujan tak lebat sangat, tapi dah enjoy punya pasal..aci redah je.. nak takut pe..


~ he..hih..hu..~
~ sambut jgn tak sambut ~
~ sepak jangan tak sepak ~
~ rebut jgn tak rebut...~
~ lukisan yang tak seberapa indah ~


       Ada macam-macam lagi ragam yang dapat dilihat.. walaupun jurukamera hanya satu, namun kepakarannya dapat mengambil gambar lebih daripada 100 gambar.. haih, dah nama pun nak enjoy..banyak lar bergambar.. tambah2 orang perempuan ( tak nafikan ..) aih.. orang laki pun same je.. apa-apa pun, tengok je lar gelagat budak-budak yang tak cukup umur dan yang terlebih lanjut dari usia kat bawah nie.


~ 6 sekawan ~
~ team bola sepak ~
~ kumpulan nasyyiiddd~
~ sweet gurls~
~ happy together~
~ gotca!!!~
~ best friend forever ~
~ budak laki....~

~ aLfatihah...~

Setelah semua penat bermain, lalu masing-masing pulang ke kediaman..untuk mengemas segala benda yang tahpepetah... bersiap untuk pulang tapi..he..he.. sempat lagi untuk ber "posing" untuk kali terakhir..





~ santai ~
~ posing terakhir~

Setakat ini saja dari ana..dah banyak sangat yang ana cerita,,ampun dan maaf dipinta andai bahasa kurang terjaga.. Terakhir dari ana..dalam episod ini.. THANKS TUK BUDAK2 MAJMUAH 4 SEMESTER 1 APIUM .thanks tok memori terindah ini..



~ majmuah 4 semester 1~

Jumaat, 17 September 2010

SEJENAK BERSAMA RAYA!!!! 2010



AZIT'S FAMILY
"2010"



Happy Family...
 Gambar nie diambil time RAYA ke 2..coz time 2 sume pakat blek..just tinggal 1 famili je yang tak sampai lagi..Kak jah..tapi kna ambik gak ..
N tahun nie bertambah lagi bilangan ahli keluarga AZIT..coz lahir lagi 3 org baby..yang very cute..
AFIFAH SOLEHAH,AHMAD NURUDDIN & AIMAN NAUFAL..
Sume kumpul kat umah ana..memang meriah sangat raye taun nie..rumah bising..mlm raye pakat tak tido..
coz gembira sangat..
Tambah2 time masak..rase cam wat kenduri plak..masak gne periuk besar..
Mne tak nye..5 family pakat berkumpul..Macam2 ragam ada..ana tak perincikan sangat tapi..
tak taw nak kata apa..
Selamat membaca..

MENU HARI RAYA..
1-..cmfm lar KETUPAT
2 -Rendang ayam + daging
3 -Serunding ayam+ daging+ikan
4 -lontong
5 -nasi dagang
6 -kuih raya
7 -dodol
8 -lemang
9 -air ( byk jenis sgt..tak yah sebut lar)
Banyak kan!!! Nie tak termasuk lagi dengan " cikedis" lagi..
Segala macam jenis ada..
makanan negeri ( johor + kedah )
sampai tak larat nak makan..
Dah ramai sangat ...tapi memeng best..
Time nak tido..lagi bising..memang meriah..

AKTIVITI TIME RAYA..
Macam-macam aktiviti yang di buat..baca lah..kat bwh 2 je..

Perlawanan bola sepak antara ayah2 n anak2.Ayah2 pakai kain pelikat...( x taw lar spe yg menang..)
Perlawanan chess..
Pertandingan dam..
Jogging ..( lepas subuh)
Mandi air terjun..
Konvoi pegi pasar..
Main sungai..
Pegi tangkap ikan kat sungai..( dapat lar 2 ekor)
Konvoi pegi kampung ayah..
Pegi kenduri
Gegarkan satu rumah..( ade ke???..cmfm ade..)
Lawan congkak..
Masak..
Jage baby..
Main kucing..
DAN banyak lagi..tak larat nak cite..
nie tak masuk bab aktiviti yang kitaorang wat sebelum tidur...
Boleh kate..rumah 2 tak pernah aman sepanjang raye nie..2 lar yang best..MERIAH..



RAYE KE 4
Antara percaya atau tidak..sume famili sebelah mak KONVOI  blek kg ayah..nak pegi beraye..
3buah kete..tapi 5 famili..cne 2????
tAK PAYAH SERABUT OTAK NAK PIKIR..dah lepas dah..
nie da gambar yang sempat di ambil..
tgh sibuk cari barang..
semua terbuka..

pink semua..famili kak jah..
ASMAA HUMAIRAA
Nie pulak ragam bebudak..sebut je sal kamera..semua suruh tangkap gambar..hish..yang jadi camera men spe??? Cmfm ana n adik bradik..
Almaklumlah..semua pakat suke bergambar..

anak2 kak ya..semua huruf A

bersma mak njang tersayang
AHMAD NURUDDIN

ISMAIL ZUHDI..bukan senang nak senyum



AHMAD NURUDDIN..nie ank kak jah

AIMAN NAUFAL..bru je lahir
anak kak caq


AFIFAH SOLEHAH..cuties baby..
anak kak ya..
 Bawah nie pula..gambar org2 yang dah besar n aktiviti yang di bwt sepanjg raya..
Kmy pown nk bergaya jgk..
Cume tgk je..jangan kata pe2..ragam yang tahpepetah..


with my lovely ...


sama besar...along n ank buah ( faris)

dah tercampor..

family kak ya


family kak mah


Bersma fitri..

family cik mie..


hai sume..saya NUR MUHAMMAD FITRI...
saye lahir time dekat nak raye..tahun lepas


fikir jgn tak fikir..
perlawanan antara bapa saudara n anak buahnya..




Cukup tak?? Setakat ini dulu..nak cite panjang2 memang tak abes...coz byk sangat yang berlaku..
Asiflah..banyak gambar..nie pun tak semua..
Saje nk abadikan kenangan raya..
Ampun & maaf di pohon..
Eid Mubarak!!
Ok..dah abes dah..

Selasa, 7 September 2010

DEDIKASI BUAT SAHABAT2 7TH GENERATION

" NORTH SOUTH EAST WEST 7TH GENERATION IS THE BEST !!!"

Ungkapan yang cukup bermakna di hati kita semua.
.ku dedikasikan post yang terbaru ini buat kalian, tanda hati ini masih merindui kenangan dulu
..kenangan kita belajar sama2, bermain, jogging, mandi, masak ( nie yang paling best) masakan yang diiktiraf oleh cikgu2..kita menangis sama2..semua kenangan kita bersama..PUTERA &; PUTERI..sehingga diiktiraf oleh adik2 junior sebagai generasi yang paling BAHAGIA..
lucu kan !!..kerana sikap tolak ansur yang kita amalkan sesama kita..itu yang menjadi QUDWAH kepada junior2..paling ana ingat..time kita masak tok jamuan Hari Raya.
.Putera  bakar lemang..Puteri apa lagi kalau bukan balut ketupat dan masak rendang..
Nak bukti ?? Jom tengok gambar di bawah..


balut ketupat dengan bonda2 tercinta


kacau rendang??..mcm gaya kacau dodol je..


nie gambar putera masak lemang..




..kita tetap menjadi generasi yang TERBAIK..
SALAM LEBARAN BUAT SEMUA..terakhir dari ana..tanda kenangan...

Ayahanda yang tersayang
Memori kita.

gambar kita.."MUSHTAQUN ILAIKUNNA"


 bonda yang ceria.





PESANAN TOK SEPANJANG MASA


DON'T YOU DARE TO TROUBLE THE TROUBLE IF YOU DON'T WANT THE TROUBLE TO TROUBLE YOU !!!